Wednesday, February 28, 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN AKTIVITI PKG BUKIT MERTAJAM BIL 1/2018

Pada 1 Mac 2018, Mesyuarat Permuafakatan Aktiviti PKG Bukit Mertajam Bil.1/2018 telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat PKG Bukit Mertajam. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh En. Mohd Yusoff Bin Sahab, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat tersebut dihadiri Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli PKG Bukit Mertajam. Banyak isu dan rancangan serta penyelarasan yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.  Mesyuarat telah dipengerusikan oleh  Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bukit Mertajam sesi 2017/2018 En Bujang Bin Sayem SMK Bandar Baru Perda. 






MESYUARAT PENYELARASAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH AHLI PKG BUKIT MERTAJAM BIL 1/2018


Mesyuarat GPM Bil.1/2018 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, PKG Bukit Mertajam pada 27 Februari 2018 bagi membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2017 kepada GPM sekolah ahli PKG Bukit Mertajam.  Jawatankuasa seterusnya, merancang aktiviti bagi tahun 2018 selaras dengan kehendak SKT PKG bagi tahun semasa.



  

MESYUARAT PENYELARASAN GURU PENYELARAS BESTARI/GURU ICT SEKOLAH AHLI PKG BUKIT MERTAJAM BIL 1/2018


Pada 27 Februari 2018, telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa GPB/GPICT Sekolah Ahli PKGBM BIl.1/2018 yang mana melibatkan 22 buah sekolah ahli. Mesyuarat kali ini membincangkan masalah yang berbangkit berkaitan prasarana ICT dan pelaksananan Inisiatif ICT KPM di sekolah serta pencapaian aktiviti pelaksanaan oleh pihak PKGBM Mesyuarat ini di jalankan oleh Pn Rohana Bt Yob, Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Bukit Mertajam dan turut hadir Pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang iaitu En Saadan B Hassan dan En Dazrin bin Danial









Wednesday, February 14, 2018

BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SEKOLAH KEBUN SIREH



Tarikh              :29-30 Januari 2018 dan 1 Februari 2018
Masa               : 8.00 pagi-5.00 petang
Tempat            : Makmal Komputer  SK Kebun Sireh
Peserta            : 8 Orang Peserta

Pada 29-30 Januari 2018 dan 1 Februari 2018 , Bengkel Khidmat Bantu ICT telah di jalankan di makmal komputer SK Kebun Sireh. Bengkel ini telah melibatkan 1 PTP PKG Bukit Mertajam ,5 orang Juruteknik Komputer PKG ,1 orang Juruteknik Sekolah dan juga Guru ICT SK Kebun Sireh. Khidmat bantu ini bertujuan membaik pulih komputer yang bermasalah di sebab windows, power supply  dan penyelengaraan rangkaian LAN. Di dapati hampir semua PC tidak berfungsi, Setelah berakhirnya khidmat bantu tersebut semua PC berfungsi sepenuhnya iaitu 21 buah komputer dan rangkaian internet dapat di capai.









LAWATAN PEMANTAUAN PUSAT SUMBER DAN ICT SEKOLAH AHLI PKG BUKIT MERTAJAM 2018