Friday, July 15, 2016

BULETIN PKG BUKIT MERTAJAM JAN-JUN 2016

Assalammualaikum

Alhamdullilah,PKG Bukit Mertajam telah menghasilkan buletin PKG Bukit Mertajam.Buletin ini di terbitkan dari bulan Jan-Jun. Sila klik untuk tatapan semua.

http://www.youblisher.com/p/1472379-BuletinPKGBM2016/

Monday, July 4, 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN




Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.

Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Anak harimau berlari-lari,
Sambil berlari memakan roti,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf seikhlas hati

DARI KAMI WARGA STAF PKG BUKIT MERTAJAM



Thursday, June 2, 2016

BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SEKOLAH BUKIT TEH

Tarikh              :17-18 Mei 2016
Masa               : 8.00 pagi-5.00 petang
Tempat            : Makmal Komputer  SK Bukit Teh
Peserta            : 5 Orang Peserta


Pada 17 dan 18 Mei 2016, Bengkel Khidmat Bantu ICT telah di jalankan di makmal komputer SK Bukit Teh. Bengkel ini telah melibatkan 4 orang Juruteknik Komputer PKG Zon Tengah dan juga Guru ICT SK Bukit Teh. Khidmat bantu ini bertujuan membaik pulih komputer yang bermasalah di sebab windows, power supply  dan penyelengaraan rangkaian LAN. Di dapati hampir semua PC tidak berfungsi, Setelah berakhirnya khidmat bantu tersebut semua PC berfungsi sepenuhnya iaitu 28 buah komputer dan rangkaian internet dapat di capai

BENGKEL KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH BUKIT TEH

Tarikh              :17-18 Mei 2016
Masa               : 8.00 pagi-5.00 petang
Tempat            : Pusat Sumber SK Bukit Teh
Peserta            : 9 Orang Peserta

Pada 17 dan 18 Mei 2016, PKG Bukit Mertajam telah menjalankan khidmat bantu PSS di SK Bukit Teh, Seramai 4 orang Pegawai,4 orang Pembantu Tadbir PKG dan guru GPM SK Bukit Teh yang terlibat dalam program ini. Objektif utama program khidmat bantu ini di jalankan untuk memberikan penekanan dalam sistem fail, Selain itu aspek keceriaan PSS di titik beratkan dengan melabelkan dan mewujudkan sudut-sudut untuk keperluan Pusat Sumber Sekolah.


BENGKEL PENYEDIAAN FAIL INSTRUMEN PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh              :12-13 April 2016
Masa               : 8.00 pagi-5.00 petang
Tempat            : Dewan Kirby IPG Tuanku Bainun
Peserta            : 22 Orang GPM



Pada 12 dan 13 April 2016, PKG Daerah Zon Tengah telah mengadakan bengkel untuk semua Guru Perpustakaan dan Media Sekolah di Kawasan Seberang Perai Tengah, Bengkel ini di adakan di Dewan Kirby, IPG Tuanku Bainun selama dua hari. Perlaksanaan bengkel ini bertujuan bagi memastikan guru GPM yang baru dan lama dapat menyediakan fail instrumen yang selaras untuk Pusat Sumber Sekolah

Thursday, March 10, 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN AKTIVITI PKG BUKIT MERTAJAM BIL 1/2016

Pada 22 Februari 2016, Mesyuarat Permuafakatan Aktiviti PKG Bukit Mertajam Bil.1/2016 telah dilaksanakan di Bilik Seminar PKG Bukit Mertajam. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh En. Mohd Yusoff Bin Sahab, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat tersebut dihadiri Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli PKGBM. Banyak isu dan rancangan serta penyelarasan yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.  Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bukit Mertajam sesi 2014/2015 iaitu En. Jamil Guru Besar SK Stowell. Sesi Pelantikan jawatankuasa yang baru turut dijalankan yang mana keputusannya ialah, jawatankuasa sesi 2014/2015 dikekalkan bagi sesi 2016/2017. Syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa sesi 2016/2017.



MESYUARAT PENGURUSAN JURUTEKNIK KOMPUTER(FT17) SEKOLAH AHLI ZON SEBERANG PERAI TENGAH BIL 1/2016

Pada 18 Februari 2016 bertempat di PKG Alma, telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Zon SPT bagi tahun 2016. Mesyuarat yang dijalankan adalah bagi memberikan penerangan yang khusus berkaitan kerja buat Juruteknik Komputer di sekolah masing-masing serta disusuli dengan perancangan aktiviti kepada Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Zon SPT. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Encik Abdul Sukur Bin Othman, Ketua Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang.




MESYUARAT PENYELARASAN GURU PERPUTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH AHLI KAWASAN PKG BUKIT MERTAJAM BIL 1/2016

Peserta:22 Orang GPMPada 17 Februari 2016, telah dijalankan Mesyuarat Jawatankuasa GPM Sekolah Ahli PKGBM kali pertama bagi tahun 2016 yang mana melibatkan kesemua 22 buah sekolah ahli PKGBM. Intipati mesyuarat pada kali ini ialah, untuk menyampaikan maklumat terkini oleh pihak UPSP, BTPN Pulau Pinang, Mesyuarat dihadiri oleh En Dazrin B Danial, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Seberang Jaya dan menerangkan maklumat dan info terkini berkaitan PSS kepada semua GPM. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh En. Muhammad Fauzi Bin Shaari, Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang.




MESYUARAT PENYELARASAN GURU PENYELARAS BESTARI/GURU ICT SEKOLAH AHLI KAWASAN PKG BUKIT MERTAJAM BIL 1/2016

Pada 15 Februari 2016, telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa GPB/GPICT Sekolah Ahli PKGBM BIl.1/2016 yang mana melibatkan 22 buah sekolah ahli. Mesyuarat kali ini membincangkan masalah yang berbangkit berkaitan prasarana ICT dan pelaksananan Inisiatif ICT KPM di sekolah serta pencapaian aktiviti pelaksanaan oleh pihak PKGBM Mesyuarat ini dirasmikan oleh En Dazrin B Danial, Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Seberang Jaya.


Monday, January 18, 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2016


BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SK BANDAR BARU PERDA








Pada 29 hingga 30 Oktober 2015 telah dijalankan Bengkel Khidmat Bantu ICT di Makmal Komputer SK Bandar Baru Perda yang mana melibatkan Pegawai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik Komputer PKG Zon SPT yang mana menjalankan proses penyelenggaraan kecil PC, update Anti Virus, “Prevention maintenance”, “tagging process”dan semakan LAN sekolah. Semuanya dilaksanakan dalam membantu pihak sekolah mengoptimumkan penggunaan Makmal Komputer.

MESYUARAT PENYELARASAN GURU PENYELARAS BESTARI/GURU ICT SEKOLAH AHLI KAWASAN PKG BUKIT MERTAJAM BIL 2/2015







Pada 12 Ogos 2015, telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan GPB/GICT Sekolah Ahli PKGBM BIl.2/2015  yang mana melibatkan 22 buah sekolah ahli. Mesyuarat kali ini membincangkan masalah yang berbangkit berkaitan prasarana ICT dan pelaksananan Inisiatif ICT KPM di sekolah serta pencapaian aktiviti pelaksanaan oleh pihak PKGBM. Mesyuarat ini dirasmikan oleh En. Abdul Sukur Bin Othman




MESYUARAT PENYELARASAN GURU PERPUSTAKAN MEDIA SEKOLAH AHLI KAWASAN PKG BUKIT MERTAJAM BIL 2/2015















Pada 22 Ogos 2015, telah dijalankan Mesyuarat Penyelarasan GPM Sekolah Ahli PKGBM Bil.2/2015 yang mana melibatkan kesemua 22 buah sekolah ahli PKGBM. Intipati mesyuarat pada kali ini ialah, untuk menyampaikan maklumat terkini oleh pihak UPSP, BTPN Pulau Pinang, pembentangan pelaksanaan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh PKGSJ kepada semua GPM. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh 
En. Roshidi Bin Mat, Pegawai UPSP, BTPN Pulau Pinang.


TAKLIMAT PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH TAHUN 2015 MENGGUNAKAN SSQS 2015









Tarih:27 Julai 2015
Masa:8.00 pagi
Tempat: Dewan SMK Pauh Jaya
Peserta: Semua Guru ICT Daerah Tengah

Pada 27 Julai 2015, telah diadakan Taklimat Pembestarian Sekolah menggunakan SSQS 2015 yang mana melibatkan semua Sekolah ahli PKG Zon Seberang Perai Tengah. Taklimat ini disampaikan oleh En. Abdul Sukur Bin Othman, Ketua Unit Pembestarian BTPN Pulau Pinang yang bertanggungjawab terhadap data SSQS bagi Negeri Pulau Pinang