Thursday, June 2, 2016

BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SEKOLAH BUKIT TEH

Tarikh              :17-18 Mei 2016
Masa               : 8.00 pagi-5.00 petang
Tempat            : Makmal Komputer  SK Bukit Teh
Peserta            : 5 Orang Peserta


Pada 17 dan 18 Mei 2016, Bengkel Khidmat Bantu ICT telah di jalankan di makmal komputer SK Bukit Teh. Bengkel ini telah melibatkan 4 orang Juruteknik Komputer PKG Zon Tengah dan juga Guru ICT SK Bukit Teh. Khidmat bantu ini bertujuan membaik pulih komputer yang bermasalah di sebab windows, power supply  dan penyelengaraan rangkaian LAN. Di dapati hampir semua PC tidak berfungsi, Setelah berakhirnya khidmat bantu tersebut semua PC berfungsi sepenuhnya iaitu 28 buah komputer dan rangkaian internet dapat di capai

BENGKEL KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH BUKIT TEH

Tarikh              :17-18 Mei 2016
Masa               : 8.00 pagi-5.00 petang
Tempat            : Pusat Sumber SK Bukit Teh
Peserta            : 9 Orang Peserta

Pada 17 dan 18 Mei 2016, PKG Bukit Mertajam telah menjalankan khidmat bantu PSS di SK Bukit Teh, Seramai 4 orang Pegawai,4 orang Pembantu Tadbir PKG dan guru GPM SK Bukit Teh yang terlibat dalam program ini. Objektif utama program khidmat bantu ini di jalankan untuk memberikan penekanan dalam sistem fail, Selain itu aspek keceriaan PSS di titik beratkan dengan melabelkan dan mewujudkan sudut-sudut untuk keperluan Pusat Sumber Sekolah.


BENGKEL PENYEDIAAN FAIL INSTRUMEN PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh              :12-13 April 2016
Masa               : 8.00 pagi-5.00 petang
Tempat            : Dewan Kirby IPG Tuanku Bainun
Peserta            : 22 Orang GPM



Pada 12 dan 13 April 2016, PKG Daerah Zon Tengah telah mengadakan bengkel untuk semua Guru Perpustakaan dan Media Sekolah di Kawasan Seberang Perai Tengah, Bengkel ini di adakan di Dewan Kirby, IPG Tuanku Bainun selama dua hari. Perlaksanaan bengkel ini bertujuan bagi memastikan guru GPM yang baru dan lama dapat menyediakan fail instrumen yang selaras untuk Pusat Sumber Sekolah