Thursday, March 10, 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN AKTIVITI PKG BUKIT MERTAJAM BIL 1/2016

Pada 22 Februari 2016, Mesyuarat Permuafakatan Aktiviti PKG Bukit Mertajam Bil.1/2016 telah dilaksanakan di Bilik Seminar PKG Bukit Mertajam. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh En. Mohd Yusoff Bin Sahab, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat tersebut dihadiri Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli PKGBM. Banyak isu dan rancangan serta penyelarasan yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.  Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bukit Mertajam sesi 2014/2015 iaitu En. Jamil Guru Besar SK Stowell. Sesi Pelantikan jawatankuasa yang baru turut dijalankan yang mana keputusannya ialah, jawatankuasa sesi 2014/2015 dikekalkan bagi sesi 2016/2017. Syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa sesi 2016/2017.



MESYUARAT PENGURUSAN JURUTEKNIK KOMPUTER(FT17) SEKOLAH AHLI ZON SEBERANG PERAI TENGAH BIL 1/2016

Pada 18 Februari 2016 bertempat di PKG Alma, telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Zon SPT bagi tahun 2016. Mesyuarat yang dijalankan adalah bagi memberikan penerangan yang khusus berkaitan kerja buat Juruteknik Komputer di sekolah masing-masing serta disusuli dengan perancangan aktiviti kepada Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Zon SPT. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Encik Abdul Sukur Bin Othman, Ketua Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang.




MESYUARAT PENYELARASAN GURU PERPUTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH AHLI KAWASAN PKG BUKIT MERTAJAM BIL 1/2016

Peserta:22 Orang GPMPada 17 Februari 2016, telah dijalankan Mesyuarat Jawatankuasa GPM Sekolah Ahli PKGBM kali pertama bagi tahun 2016 yang mana melibatkan kesemua 22 buah sekolah ahli PKGBM. Intipati mesyuarat pada kali ini ialah, untuk menyampaikan maklumat terkini oleh pihak UPSP, BTPN Pulau Pinang, Mesyuarat dihadiri oleh En Dazrin B Danial, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Seberang Jaya dan menerangkan maklumat dan info terkini berkaitan PSS kepada semua GPM. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh En. Muhammad Fauzi Bin Shaari, Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang.




MESYUARAT PENYELARASAN GURU PENYELARAS BESTARI/GURU ICT SEKOLAH AHLI KAWASAN PKG BUKIT MERTAJAM BIL 1/2016

Pada 15 Februari 2016, telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa GPB/GPICT Sekolah Ahli PKGBM BIl.1/2016 yang mana melibatkan 22 buah sekolah ahli. Mesyuarat kali ini membincangkan masalah yang berbangkit berkaitan prasarana ICT dan pelaksananan Inisiatif ICT KPM di sekolah serta pencapaian aktiviti pelaksanaan oleh pihak PKGBM Mesyuarat ini dirasmikan oleh En Dazrin B Danial, Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Seberang Jaya.