Friday, March 29, 2013

Bengkel Kumpulan Inovatif & Kreatif


Tarikh             :           21 Mac 2013
Masa              :           8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat          :           Bilik Seminar, PKG Bukit Mertajam
Peserta          :           Terdiri daripada seorang Fasilitator, 5 orang Pegawai Teknologi
                                    Pendidikan, 3 orang Juruteknik Komputer, 2 orang Pembantu
                                    Tadbir dan seorang urusetia.

     Bengkel ini dijalankan pada 21 Mac 2013 untuk mendedahkan kepada peserta tentang pembentukan kumpulan KIK di dalam sesebuah organisasi serta menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja. Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan keupayaan mencipta cara bekerja baru atau menghasilkan sesuatu inovasi. Adalah menjadi satu harapan untuk member penggalakkan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif.


Bengkel Khidmat Bantu PSS SMK Machang Bubuk


Tarikh                 :           18- 20 Mac 2013
Masa                   :           8.00 hingga 5.00 petang
Tempat               :           Pusat Sumber SMK Machang Bubuk
Peserta               :           Terdiri daripada 4 Pegawai Teknologi Pendidikan PKG,
                                         7 orang guru sekolah dan GPM SMK Machang Bubuk.

     Pada 18 Mac sehingga 20 Mac 2013, PKG Bukit Mertajam telah menjalankan khidmat bantu PSS di SMK Machang Bubuk. Seramai empat orang Pegawai Teknologi Pendidikan dan lapan orang guru SMK Machang Bubuk terlibat dengan program ini. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kecemerlangan PSS di samping boleh dijadikan penanda aras kepada  PSS Sekolah Menengah  serta membantu dan memberi bimbingan kepada AJK PSS sekolah ini memainkan peranan sebagai nadi utama membudayakan amalan teknologi pendidikan melalui penggunaan media yang terdapat di PSS seterusnya membantu proses P & P di sekolah ini.


Taklimat Pengurusan, Pengendalian Perisian i-NILAM Online



Tarikh    :           11 Mac 2013
Masa     :           2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat :           Bilik Seminar, PKG Bukit Mertajam
Peserta :           Terdiri daripada 21Setiausaha NILAM sekolah - sekolah ahli dan
                          Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bukit Mertajam.
Turut Hadir :     En. Saadan bin Hassan, Pegawai Teknologi Pendidikan
                         Unit Pengurusan Sumber Pendidikan BTPN Pulau Pinang

            Taklimat ini dijalankan pada 11 Mac 2013 untuk memberi pendedahan kepada Setiausaha NILAM tentang penggunaan perisian i-NILAM Online. Peserta juga telah dibekalkan dengan bahan edaran seperti Poster NILAM, Brosur NILAM, penanda buku galakan membaca dan CD bahan yang membantu pelaksanaan program NILAM di sekolah. PKG juga telah menjemput Encik Saadan bin Hassan yang merupakan Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Pengurusan Sumber  Pendidikan BTPN Pulau Pinang sebagai fasilitator.


Bengkel Khidmat Bantu PSS SJKC Beng Teik (Pusat)


       Tarikh        :           5 - 7 Mac 2013
Masa         :           8.00 hingga 5.00 petang
Tempat     :           Pusat Sumber SJKC Beng Teik (Pusat)
Peserta     :           Terdiri daripada 7 Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN/PKG,
                              3 orang guru sekolah dan GPM SJKC Beng Teik Pusat.

     Pada 5 Mac sehingga 7 Mac 2013, PKG Bukit Mertajam telah menjalankan khidmat bantu PSS di SJKC Beng Teik Pusat. Seramai tujuh orang Pegawai Teknologi Pendidikan dan lima orang guru SJKC Beng Teik Pusat terlibat dengan program ini. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kecemerlangan PSS di samping boleh dijadikan penanda aras kepada  PSS Sekolah Jenis Kebangsaan  serta membantu dan memberi bimbingan kepada AJK PSS sekolah ini memainkan peranan sebagai nadi utama membudayakan amalan teknologi pendidikan melalui penggunaan media yang terdapat di PSS seterusnya membantu proses P & P di sekolah ini.


Bengkel Khidmat Bantu ICT SK Juara



Tarikh   : 25, 27 & 28  Februari 2013
Masa    : 8.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Juara
Peserta : 8 orang Juruteknik Komputer PKGPP, PTP PKG Bukit Mertajam
                 dan GPB SK Juara

     Pada 25, 27 & 28 Februari 2013, seramai lapan orang juruteknik komputer, seorang Pegawai Teknologi Pendidikan dan seorang Guru Penyelaras Bestari SK Juara yang terlibat dalam bengkel khidmat bantu ini. Proses meliputi kerja – kerja baik pulih komputer, penyelenggaraan peralatan ICT serta selenggara rangkaian LAN dan WAN bagi membantu Guru Penyelaras Bestari untuk membuat penyelenggaraan peralatan ICT di makmal komputer dan memastikan rangkaian internet berfungsi. Kesimpulannya, setelah dibuat penyelenggaraan, semua komputer di Makmal dapat beroperasi sepenuhnya dan dilengkapi dengan perisian Makmal Bahasa MBMMBI serta Program SisLog agar rekod penggunaan computer di makmal lebih sistematik.


Sunday, March 3, 2013

Taklimat Pengurusan, Pengendalian Perisian iNILAM ONLINE

Salam Sejahtera untuk semua GPM sekolah ahli PKG Bukit Mertajam..

Taklimat Pengurusan, Pengendalian Perisian iNILAM ONLINE untuk setiausaha NILAM PKG Bukit Mertajam akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Mac 2013
Masa :2.15 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PKG Bukit Mertajam..

(~_~) we're here to help you...

iNILAM kini telah boleh mula untuk dikemaskini....

i-NILAM… Kini anda boleh import data maklumat murid daripada Sistem APDM online. Untuk maklumat lanjut sila layari pautan yang diberi :


nilam.tarantula.my/

Mesyuarat Guru ICT dan Penyelaras Bestari Bil. 1/2013



Tarikh                 :      07 Februari 2013
Masa                   :     2.00 hingga 5.00 petang
Tempat               :      Bilik Seminar
Peserta               :      21 orang GPB/GICT dan PTP PKG Bukit Mertajam
Turut Hadir        :        En. Abdul Sukur bin Othman , Ketua Sub Unit Pendidikan Bestari                              
                                    BTPN Pulau Pinang

Mesyuarat Bil. 1/2013 ini dijalankan bagi membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2012 kepada Guru ICT dan Penyelaras Bestari PKG Bukit Mertajam. Kemudiannya jawatankuasa ini akan merancang aktiviti bagi tahun 2013 selaras dengan kehendak SKT PKG bagi tahun semasa. En. Abdul Sukur bin Othman, KSU dari Unit Pendidikan Bestari BTPN Pulau Pinang turut hadir. Beliau juga telah memberi taklimat ringkas mengenai SSQS kepada semua GPB/GICT yang hadir. 

Mesyuarat Guru Perpustakaan Dan Media Bil. 1/2013



Tarikh                 :            06 Februari 2013
Masa                  :           2.00 hingga 5.00 petang
Tempat               :           Bilik Seminar
Peserta              :          21 orang GPM dan PTP PKG Bukit Mertajam
Turut Hadir        :           En. Saadan bin Hassan, Pegawai Teknologi Pendidikan
                                       Unit Pengurusan Sumber Pendidikan BTPN Pulau Pinang

Mesyuarat Bil. 1/2013 ini dijalankan bagi membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2012 kepada Guru Perpustakaan dan Media PKG Bukit Mertajam. Kemudiannya jawatankuasa ini akan merancang aktiviti bagi tahun 2013 selaras dengan kehendak SKT PKG bagi tahun semasa. En Saadan bin Hassan, Pegawai Teknologi Pendidikan dari Unit PSP BTPN Pulau Pinang turut hadir. Beliau juga telah memberi taklimat ringkas mengenai iNILAM Online kepada semua GPM yang hadir.