Thursday, March 10, 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN AKTIVITI PKG BUKIT MERTAJAM BIL 1/2016

Pada 22 Februari 2016, Mesyuarat Permuafakatan Aktiviti PKG Bukit Mertajam Bil.1/2016 telah dilaksanakan di Bilik Seminar PKG Bukit Mertajam. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh En. Mohd Yusoff Bin Sahab, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat tersebut dihadiri Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli PKGBM. Banyak isu dan rancangan serta penyelarasan yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.  Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bukit Mertajam sesi 2014/2015 iaitu En. Jamil Guru Besar SK Stowell. Sesi Pelantikan jawatankuasa yang baru turut dijalankan yang mana keputusannya ialah, jawatankuasa sesi 2014/2015 dikekalkan bagi sesi 2016/2017. Syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa sesi 2016/2017.



No comments:

Post a Comment