Bengkel ini telah dijalankan pada 29 hingga 30 April 2014. En Azman bin Mahmood, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Gelugor telah dijemput sebagai fasilitator. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta tentang kaedah menghasilkan sistem pengurusan data yang ringkas dan sistematik. Di samping itu, di akhir bengkel, diharapkan semua peserta dapat menghasilkan sekurang-kurangnya satu sistem yang lengkap dan boleh digunakan sebagai satu proses penghasilan bahan. Turut hadir bersama En. Mohd Yusoff bin Sahab , Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
Wednesday, April 30, 2014
Saturday, April 26, 2014
BENGKEL KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF
Bengkel ini dijalankan pada 25 April 2014 di Pusat Sumber PKG Bukit Mertajam. Objektif utama bengkel ini adalah untuk menyempurnakan tugasan-tugasan yang telah diberikan terhadap semua ahli KIK. Disamping itu juga, semua ahli membentangkan hasil dapatan dan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja terhadap projek yang telah dipilih.
Friday, April 18, 2014
Mesyuarat KIK Bil 4/2014 PKG TENGAH & SELATAN
Mesyuarat ini dijalankan pada 18 April 2014 untuk membincangkan tentang pembentukan kumpulan KIK di dalam sesebuah organisasi serta menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja.
Monday, April 14, 2014
Sunday, April 13, 2014
Bengkel Penghasilan Laman PdP VLE 1Bestarinet
Pada 12 April 2014, bertempat di Makmal Komputer SK Kebun Sireh, telah dijalankan Bengkel Latihan VLE 1Bestarinet untuk sebahagian guru-guru sekolah tersebut. Objektif utama program ini adalah untuk memberi latihan mengenai program VLE sebagai satu medium pembelajaran yang baru serta membantu dan memberi bimbingan kepada guru sekolah ini memainkan peranan sebagai nadi utama membudayakan amalan teknologi pendidikan seterusnya membantu proses P & P di sekolah ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)