Friday, March 29, 2013

Bengkel Khidmat Bantu ICT SK Juara



Tarikh   : 25, 27 & 28  Februari 2013
Masa    : 8.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Juara
Peserta : 8 orang Juruteknik Komputer PKGPP, PTP PKG Bukit Mertajam
                 dan GPB SK Juara

     Pada 25, 27 & 28 Februari 2013, seramai lapan orang juruteknik komputer, seorang Pegawai Teknologi Pendidikan dan seorang Guru Penyelaras Bestari SK Juara yang terlibat dalam bengkel khidmat bantu ini. Proses meliputi kerja – kerja baik pulih komputer, penyelenggaraan peralatan ICT serta selenggara rangkaian LAN dan WAN bagi membantu Guru Penyelaras Bestari untuk membuat penyelenggaraan peralatan ICT di makmal komputer dan memastikan rangkaian internet berfungsi. Kesimpulannya, setelah dibuat penyelenggaraan, semua komputer di Makmal dapat beroperasi sepenuhnya dan dilengkapi dengan perisian Makmal Bahasa MBMMBI serta Program SisLog agar rekod penggunaan computer di makmal lebih sistematik.


Sunday, March 3, 2013

Taklimat Pengurusan, Pengendalian Perisian iNILAM ONLINE

Salam Sejahtera untuk semua GPM sekolah ahli PKG Bukit Mertajam..

Taklimat Pengurusan, Pengendalian Perisian iNILAM ONLINE untuk setiausaha NILAM PKG Bukit Mertajam akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Mac 2013
Masa :2.15 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PKG Bukit Mertajam..

(~_~) we're here to help you...

iNILAM kini telah boleh mula untuk dikemaskini....

i-NILAM… Kini anda boleh import data maklumat murid daripada Sistem APDM online. Untuk maklumat lanjut sila layari pautan yang diberi :


nilam.tarantula.my/

Mesyuarat Guru ICT dan Penyelaras Bestari Bil. 1/2013



Tarikh                 :      07 Februari 2013
Masa                   :     2.00 hingga 5.00 petang
Tempat               :      Bilik Seminar
Peserta               :      21 orang GPB/GICT dan PTP PKG Bukit Mertajam
Turut Hadir        :        En. Abdul Sukur bin Othman , Ketua Sub Unit Pendidikan Bestari                              
                                    BTPN Pulau Pinang

Mesyuarat Bil. 1/2013 ini dijalankan bagi membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2012 kepada Guru ICT dan Penyelaras Bestari PKG Bukit Mertajam. Kemudiannya jawatankuasa ini akan merancang aktiviti bagi tahun 2013 selaras dengan kehendak SKT PKG bagi tahun semasa. En. Abdul Sukur bin Othman, KSU dari Unit Pendidikan Bestari BTPN Pulau Pinang turut hadir. Beliau juga telah memberi taklimat ringkas mengenai SSQS kepada semua GPB/GICT yang hadir. 

Mesyuarat Guru Perpustakaan Dan Media Bil. 1/2013



Tarikh                 :            06 Februari 2013
Masa                  :           2.00 hingga 5.00 petang
Tempat               :           Bilik Seminar
Peserta              :          21 orang GPM dan PTP PKG Bukit Mertajam
Turut Hadir        :           En. Saadan bin Hassan, Pegawai Teknologi Pendidikan
                                       Unit Pengurusan Sumber Pendidikan BTPN Pulau Pinang

Mesyuarat Bil. 1/2013 ini dijalankan bagi membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2012 kepada Guru Perpustakaan dan Media PKG Bukit Mertajam. Kemudiannya jawatankuasa ini akan merancang aktiviti bagi tahun 2013 selaras dengan kehendak SKT PKG bagi tahun semasa. En Saadan bin Hassan, Pegawai Teknologi Pendidikan dari Unit PSP BTPN Pulau Pinang turut hadir. Beliau juga telah memberi taklimat ringkas mengenai iNILAM Online kepada semua GPM yang hadir. 

Thursday, February 14, 2013

Buletin PKG 2012

Buletin PKGBM 2012

Mesyuarat JK Pengurusan Aktiviti PKGBM Bil 1/2013

Mesyuarat ini telah diadakan pada 05-02-2013 yang lalu. En. Mohd Yusoff Sahab, KPP BTPN Pulau Pinang turut hadir bersama En. Rosli Hashim, KSU 2P2K & En Amir Amran, KSU HEPKG. Banyak Isu yang dibincangkan serta program aktiviti yang akan berlangsung sepanjang tahun 2013 ini.. InsyaAllah... Terima Kasih kepada semua Pengetua / Guru Besar yang hadir...