Thursday, August 15, 2013
Mesyuarat Jawatankuasa Kecil PKG Bukit Mertajam Bil 1/2013
Pada 11 Jun 2013 yang lalu, bertempat di Bilik Seminar PKG Bukit Mertajam,seramai 21 Pengetua / Guru Besar sekolah ahli menghadiri Mesyuarat Kecil Jawatankuasa Pemaufakatan Aktiviti Bil. 1/2013 dijalankan bagi membentangkan laporan terkini aktiviti setengah tahun 2013 kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bukit Mertajam. Kemudiannya jawatankuasa ini akan merancang aktiviti bagi setengah tahun akhir 2013 dalam unit Jawatankuasa kecil selaras dengan kehendak SKT PKG bagi tahun semasa. Sekolah SJKC Kim Sen turut mendapat sijil Anugerah Cemerlang SSQS semasa mesyuarat kali ini. Di samping itu, ahli jawatankuasa turut meraikan En. Rosli bin Hashim KS U2P2K (Mantan PTP BTPN) dan Puan Rosnah bt Omar (Mantan Guru Besar SK Convent BM).
Wednesday, April 24, 2013
LAWATAN PENANDA-ARASAN BTPN & PKG NEGERI KEDAH
Pada 23 April yang lalu, Seramai 2 orang Pegawai dari Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG Negeri Kedah & 30 orang Pembantu Tadbir dari PKG seluruh Negeri Kedah telah datang untuk lawatan Penanda arasan & perbengkelan di PKG Bukit Mertajam.
Bagi pihak kami, warga PKG Bukit Mertajam, merakamkan jutaan penghargaan kerana telah memilih premis kami untuk dilawati. Moga ukhwah & jalinan ini berterusan di masa-masa akan datang...
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan....
Friday, April 5, 2013
PENGGREDAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Salam Sejahtera buat semua GPM sekolah. Pihak PKG telah selesai membuat semakan untuk aktiviti penarafan iqPSS anda. Berikut dilampirkan jadual Pemantauan untuk penggredan PSS sekolah seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat GPM Bil 1/2013. (~_~)
08 APRIL 2013 - SMA AL-AHMADIAH AL-IJTIMAIAH
12 APRIL 2013 - SJKC KEOW KUANG
15 APRIL 2013 - SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
16 APRIL 2013 - SMJK JIT SIN (PAGI)
16 APRIL 2013 - SJKC PENG BIN (PETANG)
18 APRIL 2013 - SK MACANG BUBOK 1
19 APRIL 2013 - SK JUARA (PAGI)
19 APRIL 2013 - SJKC KIM SEN (PETANG)
22 APRIL 2013 - SMK & SK CONVENT BUKIT MERTAJAM
23 APRIL 2013 - SMK & SK BANDAR BARU PERDA
24 APRIL 2013 - SJKC BENG TEIK (PUSAT)
25 APRIL 2013 - SMK & SK MACHANG BUBUK 2
26 APRIL 2013 - SK SUNGAI RAMBAI
29 APRIL 2013 - SK BUKIT TEH
29 APRIL 2013 - SJKC KAY SIN
30 APRIL 2013 - SK KEBUN SIREH
02 MEI 2013 - SK STOWELL
03 MEI 2013 - SMK PERMATANG RAWA
P/S: JIKA ADA SEBARANG PERUBAHAN KEPADA JADUAL MOHON MAKLUMAN SEGERA..
(~_~) "kami sedia membantu"
- NUR HAFIZA - PTP 2, PKG BUKIT MERTAJAM-
08 APRIL 2013 - SMA AL-AHMADIAH AL-IJTIMAIAH
12 APRIL 2013 - SJKC KEOW KUANG
15 APRIL 2013 - SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
16 APRIL 2013 - SMJK JIT SIN (PAGI)
16 APRIL 2013 - SJKC PENG BIN (PETANG)
18 APRIL 2013 - SK MACANG BUBOK 1
19 APRIL 2013 - SK JUARA (PAGI)
19 APRIL 2013 - SJKC KIM SEN (PETANG)
22 APRIL 2013 - SMK & SK CONVENT BUKIT MERTAJAM
23 APRIL 2013 - SMK & SK BANDAR BARU PERDA
24 APRIL 2013 - SJKC BENG TEIK (PUSAT)
25 APRIL 2013 - SMK & SK MACHANG BUBUK 2
26 APRIL 2013 - SK SUNGAI RAMBAI
29 APRIL 2013 - SK BUKIT TEH
29 APRIL 2013 - SJKC KAY SIN
30 APRIL 2013 - SK KEBUN SIREH
02 MEI 2013 - SK STOWELL
03 MEI 2013 - SMK PERMATANG RAWA
P/S: JIKA ADA SEBARANG PERUBAHAN KEPADA JADUAL MOHON MAKLUMAN SEGERA..
(~_~) "kami sedia membantu"
- NUR HAFIZA - PTP 2, PKG BUKIT MERTAJAM-
Friday, March 29, 2013
Bengkel Kumpulan Inovatif & Kreatif
Tarikh : 21 Mac 2013
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Bilik
Seminar, PKG Bukit Mertajam
Peserta : Terdiri
daripada seorang Fasilitator, 5 orang Pegawai Teknologi
Pendidikan,
3 orang Juruteknik Komputer, 2 orang Pembantu
Tadbir
dan seorang urusetia.
Bengkel ini dijalankan pada 21 Mac 2013
untuk mendedahkan kepada peserta tentang pembentukan kumpulan KIK di dalam
sesebuah organisasi serta menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan
kerja. Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan keupayaan mencipta
cara bekerja baru atau menghasilkan sesuatu inovasi. Adalah menjadi satu
harapan untuk member penggalakkan penghasilan idea-idea yang inovatif dan
kreatif.
Bengkel Khidmat Bantu PSS SMK Machang Bubuk
Tarikh : 18- 20 Mac 2013
Masa : 8.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Pusat
Sumber SMK Machang Bubuk
Peserta : Terdiri
daripada 4 Pegawai Teknologi Pendidikan PKG,
7 orang
guru sekolah dan GPM SMK Machang Bubuk.
Pada 18 Mac sehingga 20
Mac 2013, PKG Bukit Mertajam telah menjalankan khidmat bantu PSS di SMK Machang Bubuk. Seramai empat orang Pegawai Teknologi Pendidikan dan lapan orang guru SMK Machang Bubuk terlibat dengan program ini. Objektif utama program ini adalah untuk
meningkatkan kecemerlangan PSS di samping boleh dijadikan penanda aras
kepada PSS Sekolah Menengah serta membantu dan memberi bimbingan kepada
AJK PSS sekolah ini memainkan peranan sebagai nadi utama membudayakan amalan
teknologi pendidikan melalui penggunaan media yang terdapat di PSS seterusnya
membantu proses P & P di sekolah ini.
Taklimat Pengurusan, Pengendalian Perisian i-NILAM Online
Tarikh : 11 Mac 2013
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik
Seminar, PKG Bukit Mertajam
Peserta : Terdiri
daripada 21Setiausaha NILAM sekolah - sekolah ahli dan
Pegawai
Teknologi Pendidikan PKG Bukit Mertajam.
Turut Hadir : En.
Saadan bin Hassan, Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit
Pengurusan Sumber Pendidikan BTPN Pulau
Pinang
Taklimat
ini dijalankan pada 11 Mac 2013 untuk memberi pendedahan kepada Setiausaha NILAM tentang penggunaan perisian
i-NILAM Online. Peserta juga telah dibekalkan dengan bahan edaran seperti
Poster NILAM, Brosur NILAM, penanda buku galakan membaca dan CD bahan yang
membantu pelaksanaan program NILAM di sekolah. PKG juga telah menjemput Encik Saadan bin Hassan yang
merupakan Pegawai
Teknologi Pendidikan, Unit Pengurusan Sumber
Pendidikan BTPN Pulau Pinang sebagai fasilitator.
Bengkel Khidmat Bantu PSS SJKC Beng Teik (Pusat)
Tarikh : 5 - 7 Mac 2013
Masa : 8.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Pusat
Sumber SJKC Beng Teik (Pusat)
Peserta : Terdiri
daripada 7 Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN/PKG,
3 orang
guru sekolah dan GPM SJKC Beng Teik Pusat.
Pada 5 Mac sehingga 7 Mac
2013, PKG Bukit Mertajam telah menjalankan khidmat bantu PSS di SJKC Beng Teik Pusat. Seramai tujuh orang Pegawai Teknologi Pendidikan dan lima orang guru SJKC Beng Teik Pusat terlibat dengan program ini. Objektif utama program ini adalah untuk
meningkatkan kecemerlangan PSS di samping boleh dijadikan penanda aras
kepada PSS Sekolah Jenis Kebangsaan serta membantu dan memberi bimbingan kepada
AJK PSS sekolah ini memainkan peranan sebagai nadi utama membudayakan amalan
teknologi pendidikan melalui penggunaan media yang terdapat di PSS seterusnya
membantu proses P & P di sekolah ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)


.bmp)


