Monday, February 3, 2014

PROSES KEMASKINI DATA DAN REKOD BACAAN MURID 2014 (i-NILAM) DAN PENARAFAN iQ-PSS

PELAKSANAAN PROSES KEMASKINI DATA DAN REKOD BACAAN MURID 2014 
(i-NILAM) DAN KEMASKINI MAKLUMAT GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) 2014 SERTA PENARAFAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SECARA" ONLINE(iQ-PSS) 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pengemaskinian data dan rekod bacaan murid dalam Program i- NILAM dan pengemaskinian maklumat GPM serta penarafan pusat sumber sekolah (iQ-PSS) telah diaktifkan mulai 02 Januari 2014.

3. Sehubungan dengan itu, tuan diminta memastikan GPM dan Penyelaras NILAM mengemaskini data rnurid dan data GPM serta membuat Penarafan Pusat Sumber Sekolah secara kendiri melalui portal berikut:
Panarafan PSS - iQ-PSS
Data NILAM - i - NILAM

Sekian, Terima Kasih

Thursday, January 30, 2014

BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SK Machang Bubok II

    
 Pada 28 & 29  Januari 2014, seramai lapan orang juruteknik komputer, 4 orang Pegawai Teknologi Pendidikan dan seorang Guru Penyelaras Bestari SK Machang Bubok II yang terlibat dalam bengkel khidmat bantu ini. Proses meliputi kerja – kerja baik pulih 12 daripada 20 komputer, penyelenggaraan peralatan ICT serta selenggara rangkaian LAN dan WAN bagi membantu Guru Penyelaras Bestari untuk membuat penyelenggaraan peralatan ICT di makmal komputer dan memastikan rangkaian internet berfungsi. Kesimpulannya, setelah dibuat penyelenggaraan, semua komputer di Makmal dapat beroperasi sepenuhnya.  Pemasangan Kabel turut dilakukan bagi membantu warga sekolah mendapat liputan internet secara meluas.

Friday, January 24, 2014

Pemantauan Awal PSS


        Pada 23 Januari 2014, Cik Nur Hafiza Habib Rahman, PTP 1 PKGBM bersama En. Osman Ahmad Pegawai dari BTPN Pulau Pinang telah membuat pemantauan awal PSS SK Bandar Baru Perda. Hasil dari pemantauan mendapati PSS SK Bandar Baru Perda telah mula beroperasi untuk sesi PdP 2014. Dokumentasi juga telah dikemaskini oleh Cikgu Hasnah selaku Guru Perpustakaan dan Media sekolah. Tahniah dan syabas diucapkan.

Wednesday, December 18, 2013

Pembekalan Bahan-Bahan Digital MBMMBI 2014

PERHATIAN UNTUK SEMUA GPM SEKOLAH-SEKOLAH AHLI

Tarikh : 18 - 31 Disember 2013

PENGEDARAN BAHAN DIGITAL BAHASA Bagi subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Pendidikan Khas Tahap 2, CD Perisian English dan Bahasa Malaysia Sekolah Menengah dan CD Perisian Bahasa Malaysia Tahun 5 & 6 untuk menjayakan Dasar MBMMBI (Kegunaan Tahun 2014) akan dibuat dari masa ke masa untuk semua sekolah ahli PKG Bukit Mertajam. Sila berhubung dengan pentadbir sekolah tuan-tuan.

Tuesday, December 17, 2013

Verifikasi Makmal Mudah Alih Chromebook: 1BNSelfCare


Pihak sekolah boleh membuat aduan (pelaksanaan oleh pihak sekolah) sama ada secara telefon, emel atau terus ke portal https://1bnselfcare.yes.my/ dengan menaip username dan password seperti berikut:
username : kod sekolah
password : Fr0gasi@

Kerjasama pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Monday, December 2, 2013

Taklimat CD Perisian MBMMBI


Pada 3 Disember 2013, En. Rani bin Rahman Penolong Pengarah sektor Resos BTP telah mengadakan lawatan ke PKG Bukit Mertajam untuk bertemu dengan Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah iaitu En Muhammad Zaim bin Adam dari PKG Alma, Encik Mohd Fidrus bin Ramli dari PKG Seberang Jaya dan Puan Rohana bt Yob dari PKG Penanti, dalam usaha untuk meninjau perkembangan dasar MBMMBI. Beliau juga turut memberi taklimat ringkas mengenai CD Perisian MBMMBI yang akan dibekalkan bagi kegunaan PdP tahun 2014 untuk semua sekolah di negeri Pulau Pinang. Turut hadir bersama adalah En Mohamad Nor bin Baba, pegawai Teknologi Pendidikan dari Unit Media BTPN Pulau Pinang dan En. Zainal Abidin bin Mohamed.