Friday, March 7, 2014

TAKLIMAT MBMMBI



          Taklimat ini dijalankan pada 6 Mac 2014 untuk memberi info kepada semua Ketua Panitia Bahasa Daerah Seberang Perai Tengah mengenai perisian CD MBMMBI. Objektif utama taklimat ini adalah untuk membantu guru - guru agar dapat mengaplikasikan penggunaan perisian MBMMBI untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu, ia juga bertujuan untuk membimbing guru-guru mendapatkan bahan bantu mengajardalam talian. EnMuhamad Radzi bin Nanyan dan En Mohd Faisal bin Ismail, Pegawai Teknologi Pendidikan dari unit Media BTPN Pulau Pinang telah dijemput sebagai fasilitator.

Wednesday, March 5, 2014

TAKLIMAT VLE 1BESTARINET UNTUK ADMIN VLE



Taklimat ini dijalankan pada 5 Mac 2014 untuk memberi info terkini kepada semua GPB Daerah Seberang Perai Tengah mengenai VLE 1BestariNet. Objektif utama taklimat ini adalah untuk membantu guru - guru agar dapat mengaplikasikan program VLE 1Bestarinet untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu, ia juga bertujuan untuk membimbing guru-guru menggunakan bahan bantu mengajar secara digital serta melahirkan guru yang kompetens dalam Teknologi Pendidikan. En Mohd Dazrin Danial , Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Seberang Jaya telah dijemput sebagai fasilitator.

Tuesday, March 4, 2014

TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)



         Pada 4 Mac 2014, bertempat di Dewan SMK Mengkuang telah berlangsung taklimat Sistem Pengurusan Sekolah untuk semua Guru Data sekolah Daerah Seberang Perai Tengah. Taklimat ini bertujuan untuk membantu Guru Data mengatasi masalah-masalah yang dihadapi semasa pengisian data SPS serta memberi pendedahan tentang kaedah pengisian yang lebih sistematik. En. Azhar bin Ahmad , Pegawai Teknologi Pendidikan dari Pusat Kegiatan Guru Nibong Tebal telah dijemput sebagai fasilitator.

Tuesday, February 25, 2014

JADUAL PENGGREDAN PSS 2014

Salam Sejahtera buat semua GPM sekolah. Pihak PKG sedang membuat semakan untuk aktiviti penarafan iQPSS anda. Berikut dilampirkan jadual Pemantauan untuk penggredan PSS sekolah seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat GPM Bil 1/2014. (~_~)

P/S: SEBARANG PERUBAHAN KEPADA JADUAL AKAN DIMAKLUMKAN SEGERA.

(~_~) "kami sedia membantu"

Friday, February 21, 2014

TAKLIMAT STS DAN PENYELENGGARAAN ICT PERINGKAT DAERAH SPT


 Pada 20 Februari yang lalu, bertempat di Dewan Bobby SK Stowell, telah diadakan satu Taklimat Sistem STS dan Penyelenggaraan Peralatan ICT untuk semua GPB/GICT dan Juruteknik Komputer sekolah-sekolah ahli. Taklimat telah disampaikan oleh En. Fauzi Komari Pegawai Teknologi Pendidikan dari Unit Perkhidmatan ICT BTPN Pulau Pinang. Taklimat ini bertujuan untuk membantu peserta membuat penyelenggaraan peralatan ICT mengikut prosedur yang betul. 

Thursday, February 20, 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA BIL 1/2014


Mesyuarat Bil. 1/2014 ini dijalankan pada 19 Februari 2014 bagi membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2013 kepada Guru Perpustakaan dan Media PKG Bukit Mertajam. Kemudiannya jawatankuasa ini akan merancang aktiviti bagi tahun 2014 selaras dengan kehendak SKT PKG bagi tahun semasa. En Osman bin Ahmad, Pegawai Teknologi Pendidikan dari Unit PSP BTPN Pulau Pinang turut hadir. Beliau juga telah memberi taklimat mengenai iNILAM Online, iQPSS, Perlantikan GPM Baru, Info Kursus Asas dan Kursus Pertengahan PSS kepada semua GPM yang hadir.

Wednesday, February 19, 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA GURU ICT / GURU PENYELARAS BESTARI BIL 1/2014


Mesyuarat Bil. 1/2014 ini dijalankan pada 18 Februari 2014 bagi membentangkan laporan  aktiviti sepanjang tahun 2013 kepada Guru ICT dan Penyelaras Bestari serta Juruteknik Komputer sekolah-sekolah ahli PKG Bukit Mertajam. Kemudiannya jawatankuasa ini akan merancang aktiviti bagi tahun 2014 selaras dengan kehendak SKT PKG bagi tahun semasa. En. Abdul Sukur bin Othman, KSU dari Unit Pendidikan Bestari BTPN Pulau Pinang turut hadir. Beliau juga telah memberi taklimat ringkas mengenai SSQS dan SPS kepada semua GPB/GICT yang hadir.