Friday, March 14, 2014

TAKLIMAT VLE UNTUK GURU-GURU SJKC PENG BIN


Pada 14 Mac 2014, bertempat di Bilik Komputer SJKC Peng Bin telah dijalankan Satu Taklimat Latihan VLE 1Bestarinet untuk semua guru-guru sekolah tersebut. Objektif utama program ini adalah untuk member pendedahan mengenai program VLE sebagai satu medium pembelajaran yang baru  serta membantu dan memberi bimbingan kepada guru sekolah ini memainkan peranan sebagai nadi utama membudayakan amalan teknologi pendidikan seterusnya membantu proses P & P di sekolah ini.

BENGKEL KHIDMAT BANTU PSS SK KEBUN SIREH


Pada 11 Mac sehingga 13 Mac 2014, PKG Bukit Mertajam telah menjalankan khidmat bantu PSS di SK Kebun Sireh. Seramai 5 orang Pegawai Teknologi Pendidikan, 3 orang Juruteknik Komputer dan lima orang guru SK Kebun Sireh yang terlibat dengan program ini. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kecemerlangan PSS di samping boleh  dijadikan penanda aras kepada  PSS Sekolah Rendah serta membantu dan memberi bimbingan kepada AJK PSS sekolah ini memainkan peranan sebagai nadi utama membudayakan amalan teknologi pendidikan melalui penggunaan media yang terdapat di PSS seterusnya membantu proses P & P di sekolah ini.

Monday, March 10, 2014

TAKLIMAT iNILAM ONLINE


     
Taklimat ini dijalankan pada 10 Mac 2014 untuk memberi pendedahan kepada Setiausaha NILAM tentang penggunaan perisian i-NILAM Online. Peserta juga telah didedahkan mengenai program galakan membaca untuk membantu pelaksanaan program NILAM di sekolah. Taklimat telah disampaikan oleh Cik Nur Hafiza bt Habib Rahman, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bukit Mertajam.

Saturday, March 8, 2014

BENGKEL KHIDMAT BANTU PSS CEMERLANG SMK CONVENT BUKIT MERTAJAM


Pada 8 Mac 2014, PKG Bukit Mertajam telah menjalankan khidmat bantu PSS Cemerlang di SMK Convent Bukit Mertajam. Seramai seorang Pegawai Teknologi Pendidikan pkg Bukit Mertajam dan lapan orang GPM dari SK Bukit Teh, SK Kebun Sireh, SK Sungai Rambai, SK Bandar Baru Perda, SK Convent Bukit Mertajam, SK Machang Bubok, SMA Ahmadiah dan SMK Convent Bukit Mertajam terlibat dengan program ini. Objektif utama program ini adalah sebagai persiapan dan membantu GPM membuat persediaan untuk Penilaian Pusat Sumber Peringkat Daerah Seberang Perai.

Friday, March 7, 2014

TAKLIMAT MBMMBI



          Taklimat ini dijalankan pada 6 Mac 2014 untuk memberi info kepada semua Ketua Panitia Bahasa Daerah Seberang Perai Tengah mengenai perisian CD MBMMBI. Objektif utama taklimat ini adalah untuk membantu guru - guru agar dapat mengaplikasikan penggunaan perisian MBMMBI untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu, ia juga bertujuan untuk membimbing guru-guru mendapatkan bahan bantu mengajardalam talian. EnMuhamad Radzi bin Nanyan dan En Mohd Faisal bin Ismail, Pegawai Teknologi Pendidikan dari unit Media BTPN Pulau Pinang telah dijemput sebagai fasilitator.

Wednesday, March 5, 2014

TAKLIMAT VLE 1BESTARINET UNTUK ADMIN VLE



Taklimat ini dijalankan pada 5 Mac 2014 untuk memberi info terkini kepada semua GPB Daerah Seberang Perai Tengah mengenai VLE 1BestariNet. Objektif utama taklimat ini adalah untuk membantu guru - guru agar dapat mengaplikasikan program VLE 1Bestarinet untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu, ia juga bertujuan untuk membimbing guru-guru menggunakan bahan bantu mengajar secara digital serta melahirkan guru yang kompetens dalam Teknologi Pendidikan. En Mohd Dazrin Danial , Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Seberang Jaya telah dijemput sebagai fasilitator.

Tuesday, March 4, 2014

TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)



         Pada 4 Mac 2014, bertempat di Dewan SMK Mengkuang telah berlangsung taklimat Sistem Pengurusan Sekolah untuk semua Guru Data sekolah Daerah Seberang Perai Tengah. Taklimat ini bertujuan untuk membantu Guru Data mengatasi masalah-masalah yang dihadapi semasa pengisian data SPS serta memberi pendedahan tentang kaedah pengisian yang lebih sistematik. En. Azhar bin Ahmad , Pegawai Teknologi Pendidikan dari Pusat Kegiatan Guru Nibong Tebal telah dijemput sebagai fasilitator.