Monday, April 14, 2014

Senarai semak NILAM sekolah.

Terima kasih kepada semua sekolah yang telah mengambil tindakan untuk data iNILAM ONLINE..



Sunday, April 13, 2014

Bengkel Penghasilan Laman PdP VLE 1Bestarinet


Pada 12 April 2014, bertempat di Makmal Komputer SK Kebun Sireh, telah dijalankan Bengkel Latihan VLE 1Bestarinet untuk sebahagian guru-guru sekolah tersebut. Objektif utama program ini adalah untuk memberi latihan mengenai program VLE sebagai satu medium pembelajaran yang baru  serta membantu dan memberi bimbingan kepada guru sekolah ini memainkan peranan sebagai nadi utama membudayakan amalan teknologi pendidikan seterusnya membantu proses P & P di sekolah ini.

Friday, March 28, 2014

BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SK CONVENT BUKIT MERTAJAM


Pada 26 & 27  Mac 2014, seramai enam orang juruteknik komputer sekolah, seorang juruteknik komputer PKG Bukit Mertajam dan seorang Guru Penyelaras Bestari SK Convent Bukit Mertajam terlibat dalam bengkel khidmat bantu ini. Aktiviti meliputi proses instalasi Operasi Sistem terhadap 30 buah komputer riba sumbangan dari syarikat INTELL. Kesimpulannya, setelah dibuat pemasangan serta instalasi, semua komputer riba dapat beroperasi sepenuhnya.  

BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SK BANDAR BARU PERDA




Pada 24 & 25  Mac2014, seramai tujuh orang juruteknik komputer sekolah, seorang juruteknik komputer PKG Bukit Mertajam dan seorang Guru Penyelaras Bestari SK Bandar Baru Perda terlibat dalam bengkel khidmat bantu ini. Proses meliputi kerja – kerja baik pulih  komputer, penyelenggaraan peralatan ICT serta selenggara rangkaian LAN dan WAN. Ini bertujuan bagi membantu Guru Penyelaras Bestari untuk membuat penyelenggaraan peralatan ICT di makmal komputer dan memastikan rangkaian internet berfungsi. Kesimpulannya, setelah dibuat penyelenggaraan, semua komputer di makmal dapat beroperasi sepenuhnya.  Pemasangan kabel pada suis utama turut dibaikpulih.

Monday, March 17, 2014

BENGKEL PENGHASILAN LAMAN PdP MENGGUNAKAN VLE 1BESTARINET


Bengkel Penghasilan Laman PdP menggunakan VLE 1Bestarinet telah diadakan pada 17 Mac 2014. Bengkel ini telah dihadiri oleh 22 orang guru dari sekolah-sekolah ahli PKG Bukit Mertajam. Objektif utama bengkel ini adalah untuk membantu guru-guru matapelajaran menghasilkan laman pembelajaran yang boleh digunakan dalam PDP di sekolah. Selain itu, guru-guru juga diberi pendedahan mengenai kemudahan bahan PDP yang terdapat di dalam VLE 1Bestarinet ini. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Cik Nur Hafiza bt Habib Rahman, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bukit Mertajam.

Saturday, March 15, 2014

LAWATAN KERJA KE PSS BM HIGH SCHOOL


Pada 15 Mac 2014, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bukit Mertajam bersama Cikgu Fazidah, GPM SK Kebun Sireh telah mengadakan lawatan kerja ke PSS BM High School. Lawatan ini bertujuan untuk melihat persiapan PSS sekolah untuk Penilaian PSS Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah pada April 2014 nanti. Perbincangan dan khidmat nasihat lebih menjurus kepada sistem fail dan dokumentasi yang teratur dan kemaskini. 

BENGKEL PENGHASILAN LAMAN VLE 1BESTARINET FASA 2


Pada 15 Mac 2014, bertempat di Dewan SMK Machang Bubok telah dijalankan Bengkel Latihan VLE 1Bestarinet FASA 2 untuk sebahagian guru-guru sekolah tersebut. Objektif utama program ini adalah untuk memberi latihan mengenai program VLE sebagai satu medium pembelajaran yang baru  serta membantu dan memberi bimbingan kepada guru sekolah ini memainkan peranan sebagai nadi utama membudayakan amalan teknologi pendidikan seterusnya membantu proses P & P di sekolah ini.