Friday, March 28, 2014
BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SK CONVENT BUKIT MERTAJAM
Pada 26 & 27 Mac 2014, seramai enam orang juruteknik komputer sekolah, seorang juruteknik komputer PKG Bukit Mertajam dan seorang Guru Penyelaras Bestari SK Convent Bukit Mertajam terlibat dalam bengkel khidmat bantu ini. Aktiviti meliputi proses instalasi Operasi Sistem terhadap 30 buah komputer riba sumbangan dari syarikat INTELL. Kesimpulannya, setelah dibuat pemasangan serta instalasi, semua komputer riba dapat beroperasi sepenuhnya.
BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SK BANDAR BARU PERDA
Pada 24 & 25 Mac2014, seramai tujuh orang juruteknik komputer sekolah, seorang juruteknik komputer PKG Bukit Mertajam dan seorang Guru Penyelaras Bestari SK Bandar Baru Perda terlibat dalam bengkel khidmat bantu ini. Proses meliputi kerja – kerja baik pulih komputer, penyelenggaraan peralatan ICT serta selenggara rangkaian LAN dan WAN. Ini bertujuan bagi membantu Guru Penyelaras Bestari untuk membuat penyelenggaraan peralatan ICT di makmal komputer dan memastikan rangkaian internet berfungsi. Kesimpulannya, setelah dibuat penyelenggaraan, semua komputer di makmal dapat beroperasi sepenuhnya. Pemasangan kabel pada suis utama turut dibaikpulih.
Monday, March 17, 2014
BENGKEL PENGHASILAN LAMAN PdP MENGGUNAKAN VLE 1BESTARINET
Bengkel Penghasilan Laman PdP menggunakan VLE 1Bestarinet telah diadakan pada 17 Mac 2014. Bengkel ini telah dihadiri oleh 22 orang guru dari sekolah-sekolah ahli PKG Bukit Mertajam. Objektif utama bengkel ini adalah untuk membantu guru-guru matapelajaran menghasilkan laman pembelajaran yang boleh digunakan dalam PDP di sekolah. Selain itu, guru-guru juga diberi pendedahan mengenai kemudahan bahan PDP yang terdapat di dalam VLE 1Bestarinet ini. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Cik Nur Hafiza bt Habib Rahman, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bukit Mertajam.
Saturday, March 15, 2014
LAWATAN KERJA KE PSS BM HIGH SCHOOL
Pada 15 Mac 2014, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bukit Mertajam bersama Cikgu Fazidah, GPM SK Kebun Sireh telah mengadakan lawatan kerja ke PSS BM High School. Lawatan ini bertujuan untuk melihat persiapan PSS sekolah untuk Penilaian PSS Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah pada April 2014 nanti. Perbincangan dan khidmat nasihat lebih menjurus kepada sistem fail dan dokumentasi yang teratur dan kemaskini.
BENGKEL PENGHASILAN LAMAN VLE 1BESTARINET FASA 2
Pada 15 Mac 2014, bertempat di Dewan SMK Machang Bubok telah dijalankan Bengkel Latihan VLE 1Bestarinet FASA 2 untuk sebahagian guru-guru sekolah tersebut. Objektif utama program ini adalah untuk memberi latihan mengenai program VLE sebagai satu medium pembelajaran yang baru serta membantu dan memberi bimbingan kepada guru sekolah ini memainkan peranan sebagai nadi utama membudayakan amalan teknologi pendidikan seterusnya membantu proses P & P di sekolah ini.
Friday, March 14, 2014
TAKLIMAT VLE UNTUK GURU-GURU SJKC PENG BIN
Pada 14 Mac 2014, bertempat di Bilik Komputer SJKC Peng Bin telah dijalankan Satu Taklimat Latihan VLE 1Bestarinet untuk semua guru-guru sekolah tersebut. Objektif utama program ini adalah untuk member pendedahan mengenai program VLE sebagai satu medium pembelajaran yang baru serta membantu dan memberi bimbingan kepada guru sekolah ini memainkan peranan sebagai nadi utama membudayakan amalan teknologi pendidikan seterusnya membantu proses P & P di sekolah ini.
BENGKEL KHIDMAT BANTU PSS SK KEBUN SIREH
Pada 11 Mac sehingga 13 Mac 2014, PKG Bukit Mertajam telah menjalankan khidmat bantu PSS di SK Kebun Sireh. Seramai 5 orang Pegawai Teknologi Pendidikan, 3 orang Juruteknik Komputer dan lima orang guru SK Kebun Sireh yang terlibat dengan program ini. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kecemerlangan PSS di samping boleh dijadikan penanda aras kepada PSS Sekolah Rendah serta membantu dan memberi bimbingan kepada AJK PSS sekolah ini memainkan peranan sebagai nadi utama membudayakan amalan teknologi pendidikan melalui penggunaan media yang terdapat di PSS seterusnya membantu proses P & P di sekolah ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)






