Wednesday, June 4, 2014

BENGKEL PEMBINAAN LAMAN PdP VLE 1BESTARINET SMK PERMATANG RAWA


Pada 24 Mei 2014, bertempat di Makmal Komputer SMK Permatang Rawa, telah dijalankan Bengkel Latihan VLE 1Bestarinet untuk sebahagian guru-guru sekolah tersebut. Objektif utama program ini adalah untuk memberi latihan mengenai program VLE sebagai satu medium pembelajaran yang baru  serta membantu dan memberi bimbingan kepad guru sekolah ini memainkan peranan sebagai nadi utama membudayakan amalan teknologi pendidikan seterusnya membantu proses P & P di sekolah ini.

Monday, June 2, 2014

BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SK BUKIT TEH




Pada 24 - 26  Mei 2014, seramai enam orang juruteknik komputer sekolah, seorang juruteknik komputer PKG Bukit Mertajam dan seorang Guru Penyelaras Bestari SK Bukit Teh terlibat dalam bengkel khidmat bantu ini. Aktiviti meliputi kerja – kerja baik pulih  komputer, penyelenggaraan peralatan ICT serta selenggara rangkaian LAN dan WAN. Ini bertujuan bagi membantu Guru Penyelaras Bestari untuk membuat penyelenggaraan peralatan ICT di makmal komputer dan memastikan rangkaian internet berfungsi..  

Friday, May 2, 2014

BENGKEL PEMURNIAN INSTRUMENT PENILAIAN PSS 2014


    Bengkel Pemurnian Instrument Penilaian PSS 2014 telah diadakan pada 2 Mei 2014. Seramai 21 orang GPM dari sekolah-sekolah ahli PKG Bukit Mertajam telah hadir. Objektif utama adalah untuk memberi pendedahkan kepada GPM tentang instrument baru yang akan digunakan bagi proses penggredan sesi 2014. Di samping itu juga, fokus utama adalah di Bahagian E yang perlu diberi penekanan. Semoga semua GPM memahami dan bersedia untuk sesi penilaian 2014.

Wednesday, April 30, 2014

BENGKEL PENGHASILAN SISTEM PENGURUSAN DATA MENGGUNAKAN MICROSOF EXCEL


      Bengkel ini telah dijalankan pada 29 hingga 30 April 2014. En Azman bin Mahmood, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Gelugor telah dijemput sebagai fasilitator. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta tentang kaedah menghasilkan sistem pengurusan data yang ringkas dan sistematik. Di samping itu, di akhir bengkel, diharapkan semua peserta dapat menghasilkan sekurang-kurangnya satu sistem yang lengkap dan boleh digunakan sebagai satu proses penghasilan bahan. Turut hadir bersama En. Mohd Yusoff bin Sahab , Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. 

Saturday, April 26, 2014

BENGKEL KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF


     Bengkel ini dijalankan pada 25 April 2014 di Pusat Sumber PKG Bukit Mertajam. Objektif utama bengkel ini adalah untuk menyempurnakan tugasan-tugasan yang telah diberikan terhadap semua ahli KIK. Disamping itu juga, semua ahli membentangkan hasil dapatan dan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja terhadap projek yang telah dipilih. 

Friday, April 18, 2014

Mesyuarat KIK Bil 4/2014 PKG TENGAH & SELATAN

Mesyuarat ini dijalankan pada 18 April 2014 untuk membincangkan tentang pembentukan kumpulan KIK di dalam sesebuah organisasi serta menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja.