Monday, January 18, 2016
BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SK BANDAR BARU PERDA
Pada 29 hingga 30 Oktober 2015 telah dijalankan Bengkel Khidmat Bantu ICT di Makmal Komputer SK Bandar Baru Perda yang mana melibatkan Pegawai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik Komputer PKG Zon SPT yang mana menjalankan proses penyelenggaraan kecil PC, update Anti Virus, “Prevention maintenance”, “tagging process”dan semakan LAN sekolah. Semuanya dilaksanakan dalam membantu pihak sekolah mengoptimumkan penggunaan Makmal Komputer.
MESYUARAT PENYELARASAN GURU PENYELARAS BESTARI/GURU ICT SEKOLAH AHLI KAWASAN PKG BUKIT MERTAJAM BIL 2/2015
Pada
12 Ogos 2015, telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan GPB/GICT Sekolah Ahli PKGBM
BIl.2/2015 yang mana melibatkan 22 buah
sekolah ahli. Mesyuarat kali ini membincangkan masalah yang berbangkit
berkaitan prasarana ICT dan pelaksananan Inisiatif ICT KPM di sekolah serta
pencapaian aktiviti pelaksanaan oleh pihak PKGBM. Mesyuarat ini dirasmikan oleh
En. Abdul Sukur Bin Othman
MESYUARAT PENYELARASAN GURU PERPUSTAKAN MEDIA SEKOLAH AHLI KAWASAN PKG BUKIT MERTAJAM BIL 2/2015
Pada
22 Ogos 2015, telah dijalankan Mesyuarat Penyelarasan GPM Sekolah Ahli PKGBM
Bil.2/2015 yang mana melibatkan kesemua 22 buah sekolah ahli PKGBM. Intipati
mesyuarat pada kali ini ialah, untuk menyampaikan maklumat terkini oleh pihak
UPSP, BTPN Pulau Pinang, pembentangan pelaksanaan aktiviti yang telah
dilaksanakan oleh PKGSJ kepada semua GPM. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh
En. Roshidi Bin Mat, Pegawai UPSP, BTPN Pulau Pinang.
TAKLIMAT PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH TAHUN 2015 MENGGUNAKAN SSQS 2015
Masa:8.00 pagi
Tempat: Dewan SMK Pauh Jaya
Peserta: Semua Guru ICT Daerah Tengah
Friday, June 26, 2015
PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT ZON SEBERANG PERAI TENGAH
Pada 16 hingga 17 Jun 2015
berlangsungnya Program Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Zon SPT yang diadakan di
PKG Alma. Pemilihan Tokoh Nilam ini diadakan bagi memilih calon yang
berkelayakan untuk mewakili Zon SPT ke peringkat Negeri. Pemilihan ini disertai
oleh sekolah yang berada di bawah PKG Zon SPT dan dua kategori yang
dipertandingkan iaitu Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah, Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Dalam pemilihan ini hakim yang menilai di jemput dari kalangan
Guru Cemerlang dan Guru Bahasa dari PPD Tengah. Taklimat awal berkenaan
syarat-syarat pemilihan tokoh nilam diberikan oleh Encik Mohd Dazrin Bin
Danial.
Thursday, June 25, 2015
BENGKEL KHIDMAT BANTU PSS (TEKNIKAL) SMA AL-AHMADIAH AL-IJTIMAIAH
Pusat Sumber Sekolah yang
terpilih menjalankan Khidmat Bantu ini iaitu SMA Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiah telah
diadakan pada 9 April 2015 yang
melibatkan 2 orang PTP PKG, 4 orang PTPO
PKG 2 orang JTK PKG dan GPM SMA Al-Ahmadiah
Al-Ijtimaiah serta 4 orang guru SMA Al-Ahmadiah
Al-Ijtimaiah.
Program ini telah dirancang
berdasarkan maklum balas yang diterima dari pihak sekolah yang memerlukan
khidmat bantu PSS untuk menarik dan meningkatkan penggunaan PSS di kalangan
murid-murid. Input yang diperolehi melalui perbincangan bersama pihak sekolah,
PKG Bukit Mertajam merasakan bahawa PSS ini memerlukan khidmat bantu dari segi
pengurusan fail, susun atur dan proses teknik bahan yang berkaitan dengan PSS.
Program ini juga telah melibatkan
Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG-PKG yang lain yang bertindak
sebagai fasilitator bengkel serta Guru Perpustakaan Media SMA Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiah.
Program Khidmat Bantu PSS yang telah dilaksanakan lebih menumpukan aspek
pengurusan fail PSS.
Subscribe to:
Posts (Atom)

