Tuesday, July 19, 2016
Friday, July 15, 2016
BULETIN PKG BUKIT MERTAJAM JAN-JUN 2016
Assalammualaikum
Alhamdullilah,PKG Bukit Mertajam telah menghasilkan buletin PKG Bukit Mertajam.Buletin ini di terbitkan dari bulan Jan-Jun. Sila klik untuk tatapan semua.
http://www.youblisher.com/p/1472379-BuletinPKGBM2016/
Alhamdullilah,PKG Bukit Mertajam telah menghasilkan buletin PKG Bukit Mertajam.Buletin ini di terbitkan dari bulan Jan-Jun. Sila klik untuk tatapan semua.
http://www.youblisher.com/p/1472379-BuletinPKGBM2016/
Monday, July 4, 2016
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.
Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.
Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Anak harimau berlari-lari,
Sambil berlari memakan roti,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf seikhlas hati
DARI KAMI WARGA STAF PKG BUKIT MERTAJAM
Sunday, June 5, 2016
Thursday, June 2, 2016
BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SEKOLAH BUKIT TEH
Tarikh :17-18 Mei 2016
Masa : 8.00 pagi-5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Bukit Teh
Peserta : 5 Orang Peserta
Pada 17 dan 18 Mei 2016, Bengkel Khidmat Bantu ICT telah di jalankan di
makmal komputer SK Bukit Teh. Bengkel ini telah melibatkan 4 orang Juruteknik Komputer
PKG Zon Tengah dan juga Guru ICT SK Bukit Teh. Khidmat bantu ini bertujuan
membaik pulih komputer yang bermasalah di sebab windows, power supply dan penyelengaraan rangkaian LAN. Di dapati
hampir semua PC tidak berfungsi, Setelah berakhirnya khidmat bantu tersebut
semua PC berfungsi sepenuhnya iaitu 28 buah komputer dan rangkaian internet
dapat di capai
BENGKEL KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH BUKIT TEH
Tarikh :17-18 Mei 2016
Masa : 8.00 pagi-5.00 petang
Tempat : Pusat Sumber SK Bukit Teh
Peserta : 9 Orang Peserta
Pada 17 dan 18 Mei 2016, PKG Bukit
Mertajam telah menjalankan khidmat bantu PSS di SK Bukit Teh, Seramai 4 orang
Pegawai,4 orang Pembantu Tadbir PKG dan guru GPM SK Bukit Teh yang terlibat
dalam program ini. Objektif utama program khidmat bantu ini di jalankan untuk
memberikan penekanan dalam sistem fail, Selain itu aspek keceriaan PSS di titik
beratkan dengan melabelkan dan mewujudkan sudut-sudut untuk keperluan Pusat
Sumber Sekolah.
BENGKEL PENYEDIAAN FAIL INSTRUMEN PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN
Tarikh :12-13 April 2016
Masa : 8.00 pagi-5.00 petang
Tempat : Dewan Kirby IPG Tuanku Bainun
Peserta : 22 Orang GPM
Pada 12 dan 13 April 2016, PKG Daerah
Zon Tengah telah mengadakan bengkel untuk semua Guru Perpustakaan dan Media
Sekolah di Kawasan Seberang Perai Tengah, Bengkel ini di adakan di Dewan Kirby,
IPG Tuanku Bainun selama dua hari. Perlaksanaan bengkel ini bertujuan bagi
memastikan guru GPM yang baru dan lama dapat menyediakan fail instrumen yang
selaras untuk Pusat Sumber Sekolah
Subscribe to:
Posts (Atom)






