Thursday, August 15, 2013
Bengkel Pengenalan VLE 1BestariNet kepada GPM
Bertempat di Pusat Sumber SMK Bandar Baru Perda, seramai 21 orang GPM sekolah ahli telah menghadiri bengkel ini. Bengkel ini dijalankan pada 16 dan 18 Julai 2013 untuk memberi pendedahan kepada semua GPM mengenai VLE 1BestariNet. Objektif utama bengkel ini adalah untuk membantu guru - guru agar dapat mengaplikasikan program VLE 1Bestarinet untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu, ia juga bertujuan untuk membimbing guru-guru menggunakan bahan bantu mengajar secara digital serta melahirkan guru yang kompetens dalam Teknologi Pendidikan.
Bengkel Pemantapan Pengurusan PSS Peringkat Daerah Seberang Perai Tahun 2013
Pada 1-2 Julai 2013 bertempat di Bilik Seminar, PKG Bukit Mertajam, seramai 38 peserta terdiri daripada GPM sekolah ahli PKG Bukit Mertajam dan PKG Seberang Jaya, 6 orang fasilitator dan 2 orang urusetia menghadiri Bengkel Pemantapan Pengurusan PSS Peringkat Daerah Seberang Perai Tahun 2013.
Bengkel ini dijalankan pada 1 dan 2 Julai 2013 untuk meningkatkan kecemerlangan PSS dari segi pengurusan dan penggunaan, memantapkan pemahaman guru dalam mentafsir instrument penggredan PSS, memberi pendedahan tentang cara menghasilkan instrument kaji selidik serta memantapkan aktiviti PSS dan Program Rakan Pembaca.
Mesyuarat Penyelarasan Bengkel Pemantapan Pengurusan PSS Peringkat Daerah Seberang Perai Tahun 2013 Bil. 1/2013
Pada 14 Jun 2013, bertempat di Bilik Seminar, PKG Seberang Jaya, seramai 20 orang GPM dan 10 orang Pegawai Teknologi Pendidikan
Daerah Seberang Perai menghadiri Mesyuarat Bil. 1/2013 ini dijalankan bagi menyelaraskan pelaksanaan Bengkel Pemantapan Pengurusan PSS bagi 3 daerah di Seberang Perai. Seterusnya semua Jurulatih/fasilitator akan menyelaraskan setiap isi dan cara penyampaian bagi mendapat maklumbalas dan penambahbaikan sekiranya ada. En. Azman bin Mahamood, Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Gelugor turut hadir. Beliau juga telah memberi taklimat ringkas mengenai pelaksanaan bengkel ini di peringkat Pulau serta memberi beberapa input penting tentang kaedah penyampaian maklumat kepada peserta yang lain.
Mesyuarat Jawatankuasa Kecil PKG Bukit Mertajam Bil 1/2013
Pada 11 Jun 2013 yang lalu, bertempat di Bilik Seminar PKG Bukit Mertajam,seramai 21 Pengetua / Guru Besar sekolah ahli menghadiri Mesyuarat Kecil Jawatankuasa Pemaufakatan Aktiviti Bil. 1/2013 dijalankan bagi membentangkan laporan terkini aktiviti setengah tahun 2013 kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bukit Mertajam. Kemudiannya jawatankuasa ini akan merancang aktiviti bagi setengah tahun akhir 2013 dalam unit Jawatankuasa kecil selaras dengan kehendak SKT PKG bagi tahun semasa. Sekolah SJKC Kim Sen turut mendapat sijil Anugerah Cemerlang SSQS semasa mesyuarat kali ini. Di samping itu, ahli jawatankuasa turut meraikan En. Rosli bin Hashim KS U2P2K (Mantan PTP BTPN) dan Puan Rosnah bt Omar (Mantan Guru Besar SK Convent BM).
Subscribe to:
Posts (Atom)