Thursday, August 15, 2013

Mesyuarat Penyelarasan Bengkel Pemantapan Pengurusan PSS Peringkat Daerah Seberang Perai Tahun 2013 Bil. 1/2013

Pada 14 Jun 2013, bertempat di Bilik Seminar, PKG Seberang Jaya, seramai 20 orang GPM dan 10 orang Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Seberang Perai menghadiri Mesyuarat Bil. 1/2013 ini dijalankan bagi menyelaraskan pelaksanaan Bengkel Pemantapan Pengurusan PSS bagi 3 daerah di Seberang Perai. Seterusnya semua Jurulatih/fasilitator akan menyelaraskan setiap isi dan cara penyampaian bagi mendapat maklumbalas dan penambahbaikan sekiranya ada. En. Azman bin Mahamood, Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Gelugor turut hadir. Beliau juga telah memberi taklimat ringkas mengenai pelaksanaan bengkel ini di peringkat Pulau serta memberi beberapa input penting tentang kaedah penyampaian maklumat kepada peserta yang lain.

No comments:

Post a Comment