Wednesday, November 27, 2013

Meja Bantuan 1BestariNet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman, pihak sekolah hendaklah melaporkan semua aduan berkaitan permasalahan 1BestariNet ke meja bantuan 1BestariNet untuk tujuan tindakan dan rekod pihak yang bertanggungjawab. Laporan boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu:

1. Telefon kepada meja bantuan 1BestariNet di talian 018-799 8787

2. Emel aduan ke moesupport@ytlcomms.my

3. Mengisi maklumat aduan di portal https://1bnselfcare.yes.my.

Id dan kata laluan boleh didapati pada emel terdahulu yang telah dihantar ke emel 1BestariNet sekolah

Jika pihak sekolah tidak dapat menghubungi salah satu cara di atas, aduan boleh dihantar secara terus melalui emel ke pmo.operasi@1bestarinet.yes.my atau menghubungi pegawai PMO untuk bantuan.

1. Connectivity dan Content Filtering:

a. Nombor Telefon : 018-7997917 / 018-7997901 / 018-7997905 / 018-7997904
b. SMS : 019-2896605 / 019-2239302 / 019-2239261 / 019-2239245

2. VLE

a. Nombor Telefon : 018-7997914 / 018-7997900
b. SMS : 010-4016605 / 010-4006605

3. Dongle

a. Nombor Telefon : 018-7997914 / 018-7997902
b. SMS : 010-4016605 / 019-2426605

4. 1BRIS

a. Nombor Telefon : 018-7997915 / 018-7997906
b. SMS : 019-3596605 / 019-2836605


Segala kerjasama daripada pihak sekolah didahului dengan ucapan terima kasih.




Sekian.

Tuesday, November 19, 2013

TAKLIMAT SSQS KEPADA GPB & GPM

Taklimat ini dijalankan pada 5 September 2013 di Bilik Seminar PKG Bukit Mertajam sebagai panduan dan persediaan guru-guru melaksanakan pengisian data SSQS secara online.

Bengkel Pengenalan VLE 1BestariNet FASA 3

Bengkel ini dijalankan pada 23-25 September 2013 di bilik seminar PKG Bukit Mertajam untuk memberi pendedahan kepada guru mengenai VLE 1BestariNet. Objektif utama bengkel ini adalah untuk membantu guru - guru agar dapat mengaplikasikan program VLE 1Bestarinet untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu, ia juga bertujuan untuk membimbing guru-guru menggunakan bahan bantu mengajar secara digital serta melahirkan guru yang kompetens dalam Teknologi Pendidikan.

Bengkel Perluasan Sistem Pengurusan Sekolah Negeri Pulau Pinang

Bengkel ini dijalankan pada 2 hingga 4 September 2013 bertempat di makmal komputer SK Stowell untuk memberi pendedahan kepada semua Guru Data dan GPK 1 mengenai Sistem Pengurusan Sekolah. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memastikan semua sekolah menggunakan system pengurusan sekolah yang sama melalui satu pangkalan data. Sistem ini juga menggunakan data dengan format yang sama. Diharapkan, dengan pelaksanaan SPS seluruh Malaysia, kerja pengurusan data sekolah dapat dilakukan dengan lebih efisien dan sistematik.