Friday, February 14, 2014

MESYUARAT PEMUAFAKATAN AKTIVITI PKG BUKIT MERTAJAM BIL 1/2014


Mesyuarat Bil. 1/2014 ini dijalankan pada 13 Februari 2014 bagi membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2013 kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bukit Mertajam. Kemudiannya jawatankuasa ini akan merancang aktiviti bagi tahun 2014 selaras dengan kehendak SKT PKG bagi tahun semasa. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad bin Darus, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah. Turut hadir bersama En Mohd Yusuff bin Sahab, KPP BTPN Pulau Pinang. Beliau menjelaskan peranan dan tanggungjawab ahli-ahli jawatankuasa kepada pelaksanaan aktiviti di PKG. Kejayaan program yang dirancang adalah kerana usaha dan penglibatan semua pihak, sokongan dan komitmen jawatankuasa ini diharap akan membantu merealisasikan hasrat kementerian ke arah membudayakan teknologi dalam pendidikan masa kini.

No comments:

Post a Comment