Friday, July 18, 2014

Salam Perpisahan....

Assalamualaikum...
salam sejahtera...

Seluruh Warga Sekolah,
Sekolah-sekolah ahli PKG Bukit Mertajam,


Saya NUR HAFIZA BT HABIB RAHMAN, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, Pusat Kegiatan Guru BUKIT MERTAJAM  akan mula berkhidmat di SEKOLAH KEBANGSAAN JUARA mulai 21 Julai 2014 sebagai PPP DG41.

Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah-sekolah ahli PKG Bukit Mertajam di atas segala kerjasama yang telah di berikan selama saya bertugas di PKG.  
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat terutamanya GPM kerana telah memberikan komitmen, kerjasama, bantuan, tunjukajar, dan teguran yang sangat baik. Semoga ianya berterusan tanpa titik noktahnya. Semoga PKG Bukit Mertajam terus menjadi PKG contoh untuk diteladani.
 Akhir sekali dari saya memohon kemaafan sekiranya  ada kekasaran bahasa, terlanjur bicara, kesalahan semasa menjalankan tugasan harian atau semasa berurusan dengan saya. Sepuluh jari di susun memohon kemaafan dari semua.
 Juga sempena di bulan Ramadhan yang mulia ini serta akan tibanya Hari Raya Aidil Fitri sedikit masa lagi, saya mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf zahir dan batin.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment