Thursday, June 25, 2015

BENGKEL LITERASI MAKLUMAT GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEBERANG PERAI TENGAH


Literasi maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta menggunakan maklumat tersebut secara aktif.  Ia juga boleh didefinasikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.  Bengkel ini dapat memberi kemahiran dalam menyediakan diri GPM sebagai penggerak kepada pembangunan literasi maklumat dan membudayakannya kepada warga sekolah dan sebagai memenuhi kriteria penggredan Pusat Sumber Sekolah oleh pegawai PKG. Bengkel ini telah diadakan pada 12 Mac 2015  yang melibatkan PTP1 PKG Bukit Mertajam dan 21 orang GPM.  Turut menghadiri bengkel ini adalah 10 orang Fasilitator PPAPP.
x

No comments:

Post a Comment