Showing posts with label 2015. Show all posts
Showing posts with label 2015. Show all posts

Thursday, June 25, 2015

TAKLIMAT / MESYUARAT JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN AKTIVITI PKG DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH





Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG Daerah Seberang Perai Tengah Bil. 1/2015 ini dijalankan pada 12 Februari 2015 bagi membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2014 kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bukit Mertajam.  Jawatankuasa ini kemudiannya, akan merancang aktiviti sepanjang tahun 2015 selaras dengan kehendak SKT PKG.  Dengan adanya mesyuarat ini maka, para Pengetua dan Guru Besar dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain dan menjalinkan kolaborasi yang baik antara sekolah dan juga PKG.  Malah, semua permasalahan dan maklumat yang terkini dapat disampaikan terus kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Yusoff bin Sahab, KPP BTPN Pulau Pinang. Beliau menjelaskan peranan dan tanggungjawab ahli-ahli jawatankuasa kepada pelaksanaan aktiviti di PKG. Kejayaan program yang dirancang adalah kerana usaha dan penglibatan semua pihak, sokongan dan komitmen jawatankuasa ini diharap akan membantu merealisasikan hasrat Kementerian ke arah membudayakan teknologi dalam pendidikan masa kini.


MESYUARAT PENYELARASAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) SEKOLAH AHLI KAWASAN PKG BUKIT MERTAJAM BIL.1/2015





Mesyuarat GPM Bil.1/2015 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, PKG Bukit Mertajam pada 22 Januari 2015 bagi membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2014 kepada GPM sekolah ahli PKG Bukit Mertajam.  Jawatankuasa seterusnya, merancang aktiviti bagi tahun 2015 selaras dengan kehendak SKT PKG bagi tahun semasa.Turut menghadiri bengkel ini adalah wakil dari UPSP BTPNPP iaitu Pn. Hindon binti Ahmad Penolong Pengarah BTPNPP.