Tuesday, November 19, 2013

Bengkel Perluasan Sistem Pengurusan Sekolah Negeri Pulau Pinang

Bengkel ini dijalankan pada 2 hingga 4 September 2013 bertempat di makmal komputer SK Stowell untuk memberi pendedahan kepada semua Guru Data dan GPK 1 mengenai Sistem Pengurusan Sekolah. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memastikan semua sekolah menggunakan system pengurusan sekolah yang sama melalui satu pangkalan data. Sistem ini juga menggunakan data dengan format yang sama. Diharapkan, dengan pelaksanaan SPS seluruh Malaysia, kerja pengurusan data sekolah dapat dilakukan dengan lebih efisien dan sistematik.

Thursday, August 15, 2013

Bengkel Pengenalan VLE 1BestariNet kepada GPM

Bertempat di Pusat Sumber SMK Bandar Baru Perda, seramai 21 orang GPM sekolah ahli telah menghadiri bengkel ini. Bengkel ini dijalankan pada 16 dan 18 Julai 2013 untuk memberi pendedahan kepada semua GPM mengenai VLE 1BestariNet. Objektif utama bengkel ini adalah untuk membantu guru - guru agar dapat mengaplikasikan program VLE 1Bestarinet untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu, ia juga bertujuan untuk membimbing guru-guru menggunakan bahan bantu mengajar secara digital serta melahirkan guru yang kompetens dalam Teknologi Pendidikan.

Bengkel Pemantapan Pengurusan PSS Peringkat Daerah Seberang Perai Tahun 2013

Pada 1-2 Julai 2013 bertempat di Bilik Seminar, PKG Bukit Mertajam, seramai 38 peserta terdiri daripada GPM sekolah ahli PKG Bukit Mertajam dan PKG Seberang Jaya, 6 orang fasilitator dan 2 orang urusetia menghadiri Bengkel Pemantapan Pengurusan PSS Peringkat Daerah Seberang Perai Tahun 2013. Bengkel ini dijalankan pada 1 dan 2 Julai 2013 untuk meningkatkan kecemerlangan PSS dari segi pengurusan dan penggunaan, memantapkan pemahaman guru dalam mentafsir instrument penggredan PSS, memberi pendedahan tentang cara menghasilkan instrument kaji selidik serta memantapkan aktiviti PSS dan Program Rakan Pembaca.

Mesyuarat Penyelarasan Bengkel Pemantapan Pengurusan PSS Peringkat Daerah Seberang Perai Tahun 2013 Bil. 1/2013

Pada 14 Jun 2013, bertempat di Bilik Seminar, PKG Seberang Jaya, seramai 20 orang GPM dan 10 orang Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Seberang Perai menghadiri Mesyuarat Bil. 1/2013 ini dijalankan bagi menyelaraskan pelaksanaan Bengkel Pemantapan Pengurusan PSS bagi 3 daerah di Seberang Perai. Seterusnya semua Jurulatih/fasilitator akan menyelaraskan setiap isi dan cara penyampaian bagi mendapat maklumbalas dan penambahbaikan sekiranya ada. En. Azman bin Mahamood, Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Gelugor turut hadir. Beliau juga telah memberi taklimat ringkas mengenai pelaksanaan bengkel ini di peringkat Pulau serta memberi beberapa input penting tentang kaedah penyampaian maklumat kepada peserta yang lain.

Mesyuarat Jawatankuasa Kecil PKG Bukit Mertajam Bil 1/2013

Pada 11 Jun 2013 yang lalu, bertempat di Bilik Seminar PKG Bukit Mertajam,seramai 21 Pengetua / Guru Besar sekolah ahli menghadiri Mesyuarat Kecil Jawatankuasa Pemaufakatan Aktiviti Bil. 1/2013 dijalankan bagi membentangkan laporan terkini aktiviti setengah tahun 2013 kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bukit Mertajam. Kemudiannya jawatankuasa ini akan merancang aktiviti bagi setengah tahun akhir 2013 dalam unit Jawatankuasa kecil selaras dengan kehendak SKT PKG bagi tahun semasa. Sekolah SJKC Kim Sen turut mendapat sijil Anugerah Cemerlang SSQS semasa mesyuarat kali ini. Di samping itu, ahli jawatankuasa turut meraikan En. Rosli bin Hashim KS U2P2K (Mantan PTP BTPN) dan Puan Rosnah bt Omar (Mantan Guru Besar SK Convent BM).

Wednesday, April 24, 2013

LAWATAN PENANDA-ARASAN BTPN & PKG NEGERI KEDAH


     Pada 23 April yang lalu, Seramai 2 orang Pegawai dari Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG Negeri Kedah & 30 orang Pembantu Tadbir dari PKG seluruh Negeri Kedah telah datang untuk lawatan Penanda arasan & perbengkelan di PKG Bukit Mertajam. 
   
    Bagi pihak kami, warga PKG Bukit Mertajam, merakamkan jutaan penghargaan kerana telah memilih premis kami untuk dilawati. Moga ukhwah & jalinan ini berterusan di masa-masa akan datang... 

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.... 

Friday, April 5, 2013

PENGGREDAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Salam Sejahtera buat semua GPM sekolah. Pihak PKG telah selesai membuat semakan untuk aktiviti penarafan iqPSS anda. Berikut dilampirkan jadual Pemantauan untuk penggredan PSS sekolah seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat GPM Bil 1/2013. (~_~)

08 APRIL 2013 - SMA AL-AHMADIAH AL-IJTIMAIAH
12 APRIL 2013 - SJKC KEOW KUANG

15 APRIL 2013 - SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
16 APRIL 2013 - SMJK JIT SIN (PAGI)
16 APRIL 2013 - SJKC PENG BIN (PETANG)
18 APRIL 2013 - SK MACANG BUBOK 1
19 APRIL 2013 - SK JUARA (PAGI)
19 APRIL 2013 - SJKC KIM SEN (PETANG)

22 APRIL 2013 - SMK & SK CONVENT BUKIT MERTAJAM
23 APRIL 2013 - SMK & SK BANDAR BARU PERDA
24 APRIL 2013 - SJKC BENG TEIK (PUSAT)
25 APRIL 2013 - SMK & SK MACHANG BUBUK 2
26 APRIL 2013 - SK SUNGAI RAMBAI

29 APRIL 2013 - SK BUKIT TEH
29 APRIL 2013 - SJKC KAY SIN
30 APRIL 2013 - SK KEBUN SIREH
02 MEI 2013 - SK STOWELL
03 MEI 2013 - SMK PERMATANG RAWA

P/S: JIKA ADA SEBARANG PERUBAHAN KEPADA JADUAL MOHON MAKLUMAN SEGERA..

(~_~) "kami sedia membantu"

- NUR HAFIZA - PTP 2, PKG BUKIT MERTAJAM-