Friday, February 14, 2014

MESYUARAT PEMUAFAKATAN AKTIVITI PKG BUKIT MERTAJAM BIL 1/2014


Mesyuarat Bil. 1/2014 ini dijalankan pada 13 Februari 2014 bagi membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2013 kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bukit Mertajam. Kemudiannya jawatankuasa ini akan merancang aktiviti bagi tahun 2014 selaras dengan kehendak SKT PKG bagi tahun semasa. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad bin Darus, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah. Turut hadir bersama En Mohd Yusuff bin Sahab, KPP BTPN Pulau Pinang. Beliau menjelaskan peranan dan tanggungjawab ahli-ahli jawatankuasa kepada pelaksanaan aktiviti di PKG. Kejayaan program yang dirancang adalah kerana usaha dan penglibatan semua pihak, sokongan dan komitmen jawatankuasa ini diharap akan membantu merealisasikan hasrat kementerian ke arah membudayakan teknologi dalam pendidikan masa kini.

Friday, February 7, 2014

BENGKEL TROUBLE-SHOOTING DAN PENYELENGGARAAN KECIL KOMPUTER


      Pada 05-06 Februari 2014, PKG Bukit Mertajam telah menganjurkan Bengkel Trouble -Shooting dan Konfigurasi untuk Penyelaras Bestari dan Guru ICT sekolah.  Bengkel ini bertujuan untuk memberi pengetahuan berkaitan dengan pengendalian dan penggunaan komputer serta membolehkan GPB/GICT berupaya menyelesaikan masalah yang berlaku ke atas komputer dengan berkesan dan betul. Fasilitator ialah Ustaz Khairul Rizal bin Basri, GPB SMA Al-Ahmadiah, JTK FT17 PKGBM dan  7 orang JTK sekolah ahli PKGBM

Wednesday, February 5, 2014

TAKLIMAT PENYELARASAN BENGKEL TROUBLE SHOOTING DAN PENYELENGGARAAN KECIL KOMPUTER




     Pada 04 Februari 2014, Cik Nur Hafiza telah mengadakan satu taklimat bersama Ustaz Khairul Rizal bin Basri, GPB SMA Al-Ahmadiah, Puan Aryani bin Ahmad, JTK FT17 PKGBM dan  7 orang JTK sekolah ahli PKGBM. Taklimat ini bertujuan untuk perkongsian idea bagi menyelaraskan Program Bengkel Trouble Shooting dan penyelenggaraan kecil komputer kepada guru-guru ICT sekolah ahli PKGBM. Hasil perbincangan, Ustaz Khairul dilantik sebagai Fasilitator utama dan akan dibantu oleh Juruteknik Komputer sekolah selaku fasilitator dalam aktiviti hands on berkumpulan.

Monday, February 3, 2014

PROSES KEMASKINI DATA DAN REKOD BACAAN MURID 2014 (i-NILAM) DAN PENARAFAN iQ-PSS

PELAKSANAAN PROSES KEMASKINI DATA DAN REKOD BACAAN MURID 2014 
(i-NILAM) DAN KEMASKINI MAKLUMAT GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) 2014 SERTA PENARAFAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SECARA" ONLINE(iQ-PSS) 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pengemaskinian data dan rekod bacaan murid dalam Program i- NILAM dan pengemaskinian maklumat GPM serta penarafan pusat sumber sekolah (iQ-PSS) telah diaktifkan mulai 02 Januari 2014.

3. Sehubungan dengan itu, tuan diminta memastikan GPM dan Penyelaras NILAM mengemaskini data rnurid dan data GPM serta membuat Penarafan Pusat Sumber Sekolah secara kendiri melalui portal berikut:
Panarafan PSS - iQ-PSS
Data NILAM - i - NILAM

Sekian, Terima Kasih

Thursday, January 30, 2014

BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SK Machang Bubok II

    
 Pada 28 & 29  Januari 2014, seramai lapan orang juruteknik komputer, 4 orang Pegawai Teknologi Pendidikan dan seorang Guru Penyelaras Bestari SK Machang Bubok II yang terlibat dalam bengkel khidmat bantu ini. Proses meliputi kerja – kerja baik pulih 12 daripada 20 komputer, penyelenggaraan peralatan ICT serta selenggara rangkaian LAN dan WAN bagi membantu Guru Penyelaras Bestari untuk membuat penyelenggaraan peralatan ICT di makmal komputer dan memastikan rangkaian internet berfungsi. Kesimpulannya, setelah dibuat penyelenggaraan, semua komputer di Makmal dapat beroperasi sepenuhnya.  Pemasangan Kabel turut dilakukan bagi membantu warga sekolah mendapat liputan internet secara meluas.

Friday, January 24, 2014

Pemantauan Awal PSS


        Pada 23 Januari 2014, Cik Nur Hafiza Habib Rahman, PTP 1 PKGBM bersama En. Osman Ahmad Pegawai dari BTPN Pulau Pinang telah membuat pemantauan awal PSS SK Bandar Baru Perda. Hasil dari pemantauan mendapati PSS SK Bandar Baru Perda telah mula beroperasi untuk sesi PdP 2014. Dokumentasi juga telah dikemaskini oleh Cikgu Hasnah selaku Guru Perpustakaan dan Media sekolah. Tahniah dan syabas diucapkan.