Pada 15 Februari 2014, bertempat di
Dewan SMK Machang Bubok telah dijalankan Satu Bengkel Latihan VLE 1Bestarinet
untuk semua guru-guru sekolah tersebut. Objektif utama program ini adalah
untuk member pendedahan mengenai program VLE sebagai satu medium pembelajaran
yang baru serta membantu dan memberi bimbingan kepada guru sekolah
ini memainkan peranan sebagai nadi utama membudayakan amalan teknologi pendidikan
seterusnya membantu proses P & P di sekolah ini.
Monday, February 17, 2014
Friday, February 14, 2014
MESYUARAT PEMUAFAKATAN AKTIVITI PKG BUKIT MERTAJAM BIL 1/2014
Mesyuarat Bil.
1/2014 ini dijalankan pada 13 Februari 2014 bagi membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2013
kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bukit Mertajam. Kemudiannya
jawatankuasa ini akan merancang aktiviti bagi tahun 2014 selaras dengan
kehendak SKT PKG bagi tahun semasa. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Encik
Ahmad bin Darus, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah. Turut hadir bersama En Mohd Yusuff bin Sahab, KPP BTPN Pulau Pinang. Beliau menjelaskan peranan dan
tanggungjawab ahli-ahli jawatankuasa kepada pelaksanaan aktiviti di PKG.
Kejayaan program yang dirancang adalah kerana usaha dan penglibatan semua
pihak, sokongan dan komitmen jawatankuasa ini diharap akan membantu
merealisasikan hasrat kementerian ke arah membudayakan teknologi dalam
pendidikan masa kini.
Friday, February 7, 2014
BENGKEL TROUBLE-SHOOTING DAN PENYELENGGARAAN KECIL KOMPUTER
Pada 05-06 Februari 2014, PKG Bukit Mertajam
telah menganjurkan Bengkel Trouble -Shooting dan Konfigurasi untuk Penyelaras
Bestari dan Guru ICT sekolah. Bengkel
ini bertujuan untuk memberi pengetahuan berkaitan dengan pengendalian dan
penggunaan komputer serta membolehkan GPB/GICT berupaya menyelesaikan masalah
yang berlaku ke atas komputer dengan berkesan dan betul. Fasilitator ialah Ustaz Khairul Rizal bin Basri, GPB SMA Al-Ahmadiah, JTK FT17 PKGBM dan 7 orang JTK sekolah ahli PKGBM
Wednesday, February 5, 2014
TAKLIMAT PENYELARASAN BENGKEL TROUBLE SHOOTING DAN PENYELENGGARAAN KECIL KOMPUTER
Pada 04 Februari 2014, Cik Nur Hafiza telah
mengadakan satu taklimat bersama Ustaz Khairul Rizal bin Basri, GPB SMA
Al-Ahmadiah, Puan Aryani bin Ahmad, JTK FT17 PKGBM dan 7 orang JTK sekolah ahli PKGBM. Taklimat ini bertujuan untuk perkongsian idea bagi menyelaraskan
Program Bengkel Trouble Shooting dan
penyelenggaraan kecil komputer kepada guru-guru ICT sekolah ahli PKGBM. Hasil
perbincangan, Ustaz Khairul dilantik sebagai Fasilitator utama dan akan dibantu
oleh Juruteknik Komputer sekolah selaku fasilitator dalam aktiviti hands on berkumpulan.
Monday, February 3, 2014
PROSES KEMASKINI DATA DAN REKOD BACAAN MURID 2014 (i-NILAM) DAN PENARAFAN iQ-PSS
PELAKSANAAN PROSES KEMASKINI DATA DAN REKOD BACAAN MURID 2014
(i-NILAM) DAN KEMASKINI MAKLUMAT GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) 2014 SERTA PENARAFAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SECARA" ONLINE" (iQ-PSS)
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pengemaskinian data dan rekod bacaan murid dalam Program i- NILAM dan pengemaskinian maklumat GPM serta penarafan pusat sumber sekolah (iQ-PSS) telah diaktifkan mulai 02 Januari 2014.
3. Sehubungan dengan itu, tuan diminta memastikan GPM dan Penyelaras NILAM mengemaskini data rnurid dan data GPM serta membuat Penarafan Pusat Sumber Sekolah secara kendiri melalui portal berikut:
Panarafan PSS - iQ-PSS
Data NILAM - i - NILAM
Sekian, Terima Kasih
Thursday, January 30, 2014
BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SK Machang Bubok II
Friday, January 24, 2014
Pemantauan Awal PSS
Pada 23 Januari 2014, Cik Nur Hafiza Habib Rahman, PTP 1 PKGBM bersama En. Osman Ahmad Pegawai dari BTPN Pulau Pinang telah membuat pemantauan awal PSS SK Bandar Baru Perda. Hasil dari pemantauan mendapati PSS SK Bandar Baru Perda telah mula beroperasi untuk sesi PdP 2014. Dokumentasi juga telah dikemaskini oleh Cikgu Hasnah selaku Guru Perpustakaan dan Media sekolah. Tahniah dan syabas diucapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)




