Tuesday, August 12, 2014
Friday, July 18, 2014
Salam Perpisahan....
salam sejahtera...
Seluruh Warga Sekolah,
Sekolah-sekolah ahli PKG Bukit Mertajam,
Saya NUR HAFIZA BT HABIB RAHMAN, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, Pusat Kegiatan Guru BUKIT MERTAJAM akan mula berkhidmat di SEKOLAH KEBANGSAAN JUARA mulai 21 Julai 2014 sebagai PPP DG41.
Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah-sekolah ahli PKG Bukit Mertajam di atas segala kerjasama yang telah di berikan selama saya bertugas di PKG.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat terutamanya GPM kerana telah memberikan komitmen, kerjasama, bantuan, tunjukajar, dan teguran yang sangat baik. Semoga ianya berterusan tanpa titik noktahnya. Semoga PKG Bukit Mertajam terus menjadi PKG contoh untuk diteladani.
Akhir sekali dari saya memohon kemaafan sekiranya ada kekasaran bahasa, terlanjur bicara, kesalahan semasa menjalankan tugasan harian atau semasa berurusan dengan saya. Sepuluh jari di susun memohon kemaafan dari semua.
Juga sempena di bulan Ramadhan yang mulia ini serta akan tibanya Hari Raya Aidil Fitri sedikit masa lagi, saya mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf zahir dan batin.
Sekian, terima kasih.
TAKLIMAT AUDIT PENGGUNAAN VLE 1BESTARINET SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH TAHUN 2014
Taklimat ini dijalankan pada 17 Julai 2014
untuk memberi informasi terkini mengenai penggunaan VLE 1Bestarinet di kalangan
pelajar sekolah-sekolah Daerah Seberang Perai Tengah. Semua
Pengetua/Guru Besar Daerah Seberang Perai Tengah, PTP 1,
PTP 2, PT dan FT PKG Daerah Tengah telah menghadiri taklimat ini. Turut hadir En. Mohd Yusuff bin Sahab,
Ketua Penolong Pengarah BTPNPP dan En.
Mohd Redza bin Tajuddin, PTP UPICT BTPNPP.
Thursday, July 17, 2014
PENGEMASKINIAN DATA iNILAM ONLINE
Mohon semua Penyelaras NILAM dan GPM mengemaskini data iNILAM secara online dengan kadar segera. Terima kasih....
Friday, July 11, 2014
PENILAIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH AHLI PKG BUKIT MERTAJAM 2014
PENILAIAN
PSS 2014
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SK Sungai
Rambai (13.06.2014)
SMJK Jit Sin ,
SJKC Keow Kuang (16.06.2014)
SK Kebun Sireh,
SJKC Peng Bin
(17.06.2014)
SJKC Beng Teik
Pusat (17.06.2014)
SK Bukit Teh,
SJKC Kay Sin (18.06.2014)
SK Machang Bubok (18.06.2014)
SK Juara, SMK
Machang Bubok (19.06.2014)
SK Machang
Bubok II (19.06.2014)
SMA Ahmadiah,
SMK Permatang Rawa (24.06.2014)
SK Stowell (25.06.2014)
SK Convent BM,
SMK Convent BM (26.06.2014)
SK Bandar Baru
Perda, SMK BB Perda (04.07.2014)
SJKC Kim Sen , BM High School (11.07.2014
Subscribe to:
Posts (Atom)






