Pada 22 Februari 2016, Mesyuarat Permuafakatan
Aktiviti PKG Bukit Mertajam Bil.1/2016 telah dilaksanakan di Bilik Seminar PKG
Bukit Mertajam. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh En. Mohd Yusoff Bin
Sahab, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau
Pinang. Mesyuarat tersebut dihadiri Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli PKGBM.
Banyak isu dan rancangan serta penyelarasan yang dibincangkan dalam mesyuarat
tersebut. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Jawatankuasa
Pengurusan Aktiviti PKG Bukit Mertajam sesi 2014/2015 iaitu En. Jamil Guru
Besar SK Stowell. Sesi Pelantikan jawatankuasa yang baru turut dijalankan yang
mana keputusannya ialah, jawatankuasa sesi 2014/2015 dikekalkan bagi sesi
2016/2017. Syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa sesi 2016/2017.
Thursday, March 10, 2016
MESYUARAT PENGURUSAN JURUTEKNIK KOMPUTER(FT17) SEKOLAH AHLI ZON SEBERANG PERAI TENGAH BIL 1/2016
Pada 18 Februari 2016 bertempat di PKG Alma, telah diadakan
Mesyuarat Jawatankuasa Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Zon SPT bagi tahun
2016. Mesyuarat yang dijalankan adalah bagi memberikan penerangan yang khusus
berkaitan kerja buat Juruteknik Komputer di sekolah masing-masing serta disusuli
dengan perancangan aktiviti kepada Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Zon
SPT. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Encik Abdul Sukur Bin Othman, Ketua Unit
Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
MESYUARAT PENYELARASAN GURU PERPUTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH AHLI KAWASAN PKG BUKIT MERTAJAM BIL 1/2016
Peserta:22 Orang GPMPada 17 Februari 2016, telah dijalankan Mesyuarat
Jawatankuasa GPM Sekolah Ahli PKGBM kali pertama bagi tahun 2016 yang mana
melibatkan kesemua 22 buah sekolah ahli PKGBM. Intipati mesyuarat pada kali ini
ialah, untuk menyampaikan maklumat terkini oleh pihak UPSP, BTPN Pulau Pinang,
Mesyuarat dihadiri oleh En Dazrin B Danial, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG
Seberang Jaya dan menerangkan maklumat dan info terkini berkaitan PSS kepada
semua GPM. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh En. Muhammad Fauzi Bin Shaari,
Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Pulau Pinang.
MESYUARAT PENYELARASAN GURU PENYELARAS BESTARI/GURU ICT SEKOLAH AHLI KAWASAN PKG BUKIT MERTAJAM BIL 1/2016
Pada 15 Februari 2016, telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa
GPB/GPICT Sekolah Ahli PKGBM BIl.1/2016 yang mana melibatkan 22 buah sekolah
ahli. Mesyuarat kali ini membincangkan masalah yang berbangkit berkaitan
prasarana ICT dan pelaksananan Inisiatif ICT KPM di sekolah serta pencapaian
aktiviti pelaksanaan oleh pihak PKGBM Mesyuarat ini dirasmikan oleh En Dazrin B
Danial, Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Seberang Jaya.
Monday, January 18, 2016
BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SK BANDAR BARU PERDA
Pada 29 hingga 30 Oktober 2015 telah dijalankan Bengkel Khidmat Bantu ICT di Makmal Komputer SK Bandar Baru Perda yang mana melibatkan Pegawai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik Komputer PKG Zon SPT yang mana menjalankan proses penyelenggaraan kecil PC, update Anti Virus, “Prevention maintenance”, “tagging process”dan semakan LAN sekolah. Semuanya dilaksanakan dalam membantu pihak sekolah mengoptimumkan penggunaan Makmal Komputer.
MESYUARAT PENYELARASAN GURU PENYELARAS BESTARI/GURU ICT SEKOLAH AHLI KAWASAN PKG BUKIT MERTAJAM BIL 2/2015
Pada
12 Ogos 2015, telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan GPB/GICT Sekolah Ahli PKGBM
BIl.2/2015 yang mana melibatkan 22 buah
sekolah ahli. Mesyuarat kali ini membincangkan masalah yang berbangkit
berkaitan prasarana ICT dan pelaksananan Inisiatif ICT KPM di sekolah serta
pencapaian aktiviti pelaksanaan oleh pihak PKGBM. Mesyuarat ini dirasmikan oleh
En. Abdul Sukur Bin Othman
Subscribe to:
Posts (Atom)



