Pada 16 hingga 17 Jun 2015
berlangsungnya Program Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Zon SPT yang diadakan di
PKG Alma. Pemilihan Tokoh Nilam ini diadakan bagi memilih calon yang
berkelayakan untuk mewakili Zon SPT ke peringkat Negeri. Pemilihan ini disertai
oleh sekolah yang berada di bawah PKG Zon SPT dan dua kategori yang
dipertandingkan iaitu Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah, Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Dalam pemilihan ini hakim yang menilai di jemput dari kalangan
Guru Cemerlang dan Guru Bahasa dari PPD Tengah. Taklimat awal berkenaan
syarat-syarat pemilihan tokoh nilam diberikan oleh Encik Mohd Dazrin Bin
Danial.
Friday, June 26, 2015
Thursday, June 25, 2015
BENGKEL KHIDMAT BANTU PSS (TEKNIKAL) SMA AL-AHMADIAH AL-IJTIMAIAH
Pusat Sumber Sekolah yang
terpilih menjalankan Khidmat Bantu ini iaitu SMA Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiah telah
diadakan pada 9 April 2015 yang
melibatkan 2 orang PTP PKG, 4 orang PTPO
PKG 2 orang JTK PKG dan GPM SMA Al-Ahmadiah
Al-Ijtimaiah serta 4 orang guru SMA Al-Ahmadiah
Al-Ijtimaiah.
Program ini telah dirancang
berdasarkan maklum balas yang diterima dari pihak sekolah yang memerlukan
khidmat bantu PSS untuk menarik dan meningkatkan penggunaan PSS di kalangan
murid-murid. Input yang diperolehi melalui perbincangan bersama pihak sekolah,
PKG Bukit Mertajam merasakan bahawa PSS ini memerlukan khidmat bantu dari segi
pengurusan fail, susun atur dan proses teknik bahan yang berkaitan dengan PSS.
Program ini juga telah melibatkan
Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG-PKG yang lain yang bertindak
sebagai fasilitator bengkel serta Guru Perpustakaan Media SMA Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiah.
Program Khidmat Bantu PSS yang telah dilaksanakan lebih menumpukan aspek
pengurusan fail PSS.
BENGKEL FLIPPED CLASSROOM DAN 21ST CENTURY LEARNING
Pada 20 dan 21 Mei 2015 dengan
kerjasama antara 4 buah PKG kawasan Tengah, sebuah bengkel Flipped Classroom
dan 21st Century Learning untuk Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT Sekolah Ahli
PKG Zon Tengah telah berjaya dilaksanakan di Dewan SMK Pauh Jaya. Bengkel
selama dua hari ini telah di berikan oleh Dr. Azidah binti Abu Ziden sebagai
penceramah dan Cik Thenmolli a/p Gunasegaran sebagai fasilitator. Seramai 21
orang GPB/ GICT sekolah ahli kawasan Bukit Mertajam menyertai bengkel ini
dengan jayanya.
BENGKEL PENGENALAN VLE 1BESTARINET KEPADA GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK) SEKOLAH AHLI PKG BUKIT MERTAJAM
Bengkel ini dijalankan pada 1 dan 2 April 2015 untuk memberi pendedahan kepada semua Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mengenai VLE 1BestariNet. Objektif utama bengkel ini adalah untuk membantu guru - guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan agar dapat mengaplikasikan program VLE 1Bestarinet untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu, ia juga bertujuan untuk membimbing guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menggunakan bahan bantu mengajar secara digital serta melahirkan guru yang kompetens dalam Teknologi Pendidikan.
BENGKEL LITERASI MAKLUMAT GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEBERANG PERAI TENGAH
Literasi maklumat adalah suatu
kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan
merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format
serta menggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinasikan sebagai keupayaan
untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan
penyelesaian masalah secara efektif.
Bengkel ini dapat memberi kemahiran dalam menyediakan diri GPM sebagai
penggerak kepada pembangunan literasi maklumat dan membudayakannya kepada warga
sekolah dan sebagai memenuhi kriteria penggredan Pusat Sumber Sekolah oleh
pegawai PKG. Bengkel ini telah diadakan pada 12 Mac 2015 yang melibatkan PTP1 PKG Bukit Mertajam dan 21
orang GPM. Turut menghadiri bengkel ini
adalah 10 orang Fasilitator PPAPP.
x
TAKLIMAT / MESYUARAT JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN AKTIVITI PKG DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH
Mesyuarat Jawatankuasa
Pemuafakatan Aktiviti PKG Daerah Seberang Perai Tengah Bil. 1/2015 ini
dijalankan pada 12 Februari 2015 bagi membentangkan laporan aktiviti sepanjang
tahun 2014 kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Bukit Mertajam. Jawatankuasa ini kemudiannya, akan merancang
aktiviti sepanjang tahun 2015 selaras dengan kehendak SKT PKG. Dengan adanya mesyuarat ini maka, para
Pengetua dan Guru Besar dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain
dan menjalinkan kolaborasi yang baik antara sekolah dan juga PKG. Malah, semua permasalahan dan maklumat yang
terkini dapat disampaikan terus kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah
ahli. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Yusoff bin Sahab, KPP BTPN
Pulau Pinang. Beliau menjelaskan peranan dan tanggungjawab ahli-ahli
jawatankuasa kepada pelaksanaan aktiviti di PKG. Kejayaan program yang
dirancang adalah kerana usaha dan penglibatan semua pihak, sokongan dan
komitmen jawatankuasa ini diharap akan membantu merealisasikan hasrat
Kementerian ke arah membudayakan teknologi dalam pendidikan masa kini.
MESYUARAT PENYELARASAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) SEKOLAH AHLI KAWASAN PKG BUKIT MERTAJAM BIL.1/2015
Mesyuarat
GPM Bil.1/2015 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, PKG Bukit Mertajam pada 22
Januari 2015 bagi membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2014 kepada
GPM sekolah ahli PKG Bukit Mertajam.
Jawatankuasa seterusnya, merancang aktiviti bagi tahun 2015 selaras
dengan kehendak SKT PKG bagi tahun semasa.Turut menghadiri bengkel ini adalah
wakil dari UPSP BTPNPP iaitu Pn. Hindon binti Ahmad Penolong Pengarah BTPNPP.
Subscribe to:
Posts (Atom)